Syarikat Oil & Gas ini umum bonus 120 bulan gaji, staf melompat gembira

Syarikat Oil & Gas ini umum bonus 120 bulan gaji, staf melompat gembira

Syarikat Oil & Gas ini umum bonus 120 bulan gaji, staf melompat gembira. UNTUNG, bagaikan durian runtuh, syarikat ‘oil and gas’ (minyak dan gas) Korea Selatan tawarkan bonus sebanyak 120 bulan gaji jadi perhatian warga maya.

Bonus adalah bayaran tambahan selain sebagai pemberian atau ganjaran yang sering dianggap sebagai rangsangan untuk meningkatkan prestasi.

Tindakan syarikat minyak dan gas Korea Selatan, Hyundai Oilbank memberikan bonus sebanyak 120 bulan menjadi perhatian warganet.

Baca juga: Beruntung penjawat awam Pulau Pinang, dapat RM1,000 bonus bantuan khas

Juruhebah Yoon Young-mi duta Hyun Oh-hyun. (Kredit foto: FB oilbankpage)
Syarikat terkemuka itu baru-baru ini mengumumkan akan menyerahkan 1,000 peratus daripada gaji pokok sebagai bonus kepada kakitangannya.

Untungnya pekerja Hyundai Oilbank. Mereka terdahulu menerima purata 121 juta won (USD$94,800) setiap seorang termasuk bonus pada kadar 600 peratus pada 2021.

Bonus tersebut adalah sejajar dengan prestasi cemerlang. Pada suku ketiga sahaja, keuntungan operasi Hyundai Oilbank melonjak sebanyak 226 peratus kepada 2.8 trilion won manakala pada suku keempat keuntungan terkumpul tahun 2022 meningkat lebih banyak.

Syarikat Oil & Gas ini umum bonus 120 bulan gaji, staf melompat gembira

 

“Dinamik global adalah faktor utama yang menentukan keuntungan. Disebabkan kesan pencerobohan Rusia yang berpanjangan ke atas Ukraine dan permintaan meningkat untuk semasa musim sejuk, harga minyak global naik sekali gus melonjakkan harga runcit kami,” kata seorang pegawai industri yang enggan namanya disiarkan.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan rakan kongsinya negara pengeluar minyak yang diketuai oleh Arab Saudi serta Rusia mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari membawa kepada kenaikan harga minyak global.

SYARIKAT PENAPISAN UTAMA LAIN IAITU SK ENERGY, S-OIL DAN GS CALTEX DIFAHAMKAN AKAN MEMUTUSKAN KADAR BONUS JUGA TIDAK LAMA LAGI.

“Kami belum memutuskan bonus lagi, tetapi ia dijangka lebih kurang serupa dengan Hyundai OilBank,” kata sumber dari syarikat penapis minyak lain.

Tahun lalu, SK Energy dan GS Caltex memberikan 1,000 peratus gaji pokok sebagai bayaran tambahan kepada pekerja manakala S-Oil memberi bonus pada kadar 1,400 peratus.

Baca juga: Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

Terdahulu, syarikat kargo kontena terbesar Taiwan, Evergreen mengumumkan bonus akhir tahun sehingga 52 bulan gaji selepas mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 90 peratus dalam sembilan bulan pertama 2022.

BACA:

Tweet Hannah Yeoh dibalas TMJ, netizen terkejut

Video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid, netizen rasa kagum