Video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid, netizen rasa kagum

Video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid, netizen rasa kagum

Video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid, netizen rasa kagum. Sejak dari dahulu lagi Malaysia mempunyai banyak ‘permata-permata’ yang berjaya menyinari pelbagai industri sehinggalah mendapat perhatian dan sokongan daripada rakyat luar negara.

Baru Satu Jam Tukar Nama Pemilik, ‘Orang Tengah’ Pandu Nissan Skyline GTT R34 Terbabas Langgar Pokok
Baru-baru ini netizen berasa kagum apabila mendapat tahu lagu dua buah lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Sheila Majid ketika era 90an telah digunakan dalam video iklan Nissan Skyline R32.

“Mengapa hatiku (tarakuja tarakuja-ja). Terasa terharu (tarakuja tarakuja-ja). Ku di malam ini (tarakuja tarakuja-ja). Terasa sunyi (tarakuja tarakuja-ja).

“Tinggalku sendirian tiada berteman dalam kesunyian. Dunia terang menjadi gelita cahaya indah tiada bergema,” ini antara bait-bait lagu yang kedengaran dalam video berkenaan.

Video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid, netizen rasa kagum

@wapcar_zamil Amacam, rasa bangga tak? 😁 #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #learnontiktok #malaysia #nissan #nissanskyline #wapcar #artismalaysia ♬ Despair (抖音热播) – 初梦

Menerusi perkongsian TikTok @wapcar_zamil, Dato’ Sheila Majid merupakan salah seorang artis Malaysia yang terawal memasuki pasaran Jepun. Kebetulan pula beliau baru sahaja melancarkan album kedua di sana, jadi dua lagu yang dinyanyikan semula ‘Larut Malam’ dan ‘Dimana Kan Ku Cari Ganti’ telah digunakan dalam iklan kereta berkenaan.

BACA:

Kerajaan bakal hapuskan pencen pesara? Ini jawapan PM

Kucing ini masuk bilik seolah-olah mahu beritahu sesuatu, rupanya ajalnya tiba