Gara-gara menyokong tindakan Shuib saman pemfitnah, Baby Shima dikecam netizen
TINDAKAN serius Shuib terhadap netizen ‘bermulut puaka’ baru-baru ini semenangnya disokong ramai artis.
Penyanyi Baby Shima antara yang paling gembira dan lantang menyokong Shuib.
Mana tidaknya, selama ini Shima juga sering jadi mangsa fitnah selain dan kecaman ramai. Jadi, dia juga tidak juga teragak-agak nak ambil tindakan serupa jika diperlakukan sedemikian.
Kata pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, mereka yang suka melemparkan tuduhan melulu dan menyebarkan dakwaan palsu bila-bila masa boleh berdepan saman biarpun sudah menutup akaun.
BACA: Baby Shima ejek pendakwah tak tegur konsert Kelantan, sekali PU Syed bersuara
“Apabila dengar kena saman takut lah. Akaun palsu pun boleh saja cari, tiada masalah.
“Pada yang suka mengecam (dan) memfitnah itu, jaga-jaga. Diam-diam kita perhati sahaja netizen-netizen yang biadab.
“Tut tut, tiba-tiba datang surat saman. Kerjalah kau sampai mampus nak bayar duit saman,” katanya menerusi Instagram.
BACA: Baby Shima luah hasrat mahu jadi model seluar & baju dalam
Tetapi, amaran Shima nyata tak buat orang gentar malah mengundang kecaman, bahkan disindir sebagai artis ‘kaki saman’,
“Kerja artis, saman menyaman sahajalah yang tahu. Cubalah bawa-bawa berubah,” kata seorang netizen.
“Sikit-sikit nak saman. Macam tak ada kerja lain,” ujar pembenci yang lain.
BACA:
Baru kenal terus kahwin, wanita ini dedah kisah kenal dengan lelaki umur 68 tahun di tiktok