Baby Shima luah hasrat mahu jadi model seluar & baju dalam

Baby Shima luah hasrat mahu jadi model seluar & baju dalam

Baby Shima luah hasrat mahu jadi model seluar & baju dalam. Sebut saja nama Baby Shima, pasti ramai tahu penyanyi dangdut itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi panas antaranya tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Baru-baru ini perkongsian Baby Shima menjadi perhatian apabila meluahkan keinginnannya untuk mempromosikan baju atau seluar dalam keluaran jenama terkenal dunia iaitu Calvin Klein.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shima berkata ada segelintir selebriti tempatan sudah memperagakan jenama tersebut tetapi dia belum dirisik lagi.

Baby Shima luah hasrat mahu jadi model seluar & baju dalam

“Hey @calvinklein!! sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni! Bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen-komen tempat deorang.

“Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING) nak try juga mana tahu dapat komen-komen hebat macam tu,” tulisnya.

Perkongsian Baby Shima itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan penyanyi itu seolah ‘lapar’ perhatian serta sengaja mengundang kecaman netizen.

Terdahulu, ramai yang mengecam penampilan Baby Shima ketika berada di Indonesia yang terlalu ketat sehingga menampakkan perkara tidak sepatutnya.

BACA:

Kerajaan perkenal sekali lagi Bantuan Khas Kewangan RM700

Suka hati dia tukar dengan kentang putar, lelaki dedah teknik ajar KFC

Ini tips rebus kerang agar isinya rasa fresh waktu makan