7 jenis kayu yang paling mahal di dunia

Sejak ribuan tahun lagi manusia telah memanfaatkan kayu dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan kayu pada pembuatan rumah, senjata, barang perhiasan dan pelbagai lagi. Faktor harga kayu menjadi mahal adalah disebabkan oleh kesukaran mendapatkannya dan juga ancaman kepupusan.

Jom Kami senaraikan 7 kayu yang dianggap paling mahal di dunia pada ketika ini.

7 jenis kayu yang paling mahal di dunia
10. Kayu Ilex Opaka.

Secara umumnya kayu ini digelarkan sebagai Kayu Suci atau Holy Wood kerana kayu ini dikategorikan sebagai kayu paling putih diantara kayu-kayu lain. Kayu ini sering digunakan untuk membuat Piano dan pelbagai perabut mewah yang lain.

Kayu ini tidak terancam tetapi kadar pertumbuhan kayu ini agak perlahan menjadikan ia antara kayu susah didapati. tak hairan harganya boleh mencecah RM 150-250 sekaki.

7 jenis kayu yang paling mahal di dunia

9. Kayu Zirikoti.

Kayu ini kebiasaannya ditemukan di benua Amerika. iaitu terletak di Amerika Tengah dan Mexico. Pokoknya berketinggian 50-60 kaki. Kayu ini mempunyai corak yang berbeza dan beralun.

Kadang kala kayu ini berwarna keunguan. kayu ini berketumpatan tinggi dan gemar digunakan untuk pembuatan perabut dan alat muzik. Corak bijiran pada zirikot menambahkan lagi keunikkan pada kayu ini.

8. Kayu Cendana. Sandal Wood.

Kayu ini dikatakan ber asal dari negara india. Mungkin boleh dikatakan kayu yang paling serba boleh dan banyak kegunaannya. kayu ini sering digunakan untuk membuat ukiran kayu, minyak wangi dan juga bahan masakan.

Kayu cendana telah mendapat permintaan tinggi sejak beratus tahun dahulu hingga sekarang. Kayu ini menjadi subjek perdagangan antarabangsa sejak sekian lama. Pada awal abad ke 19 pedagang eropah sering menjual kayu ini kepada kuil buddha di china. Harganya dikatakan boleh mencecah 100 pound setiap 400 gram.

7. Kayu Pink Ivory.

Kayu ini menyerlah dengan warna merah jambu. Warna unik ini antara faktor ia mendapat permintaan yang sangat tinggi. Namun hendak mendapatkannya amatlah sukar ditemui.

Kayu ini boleh ditemukan di Afrika Selatan. Disebabkan ia susah dijumpai, maka harganya memang mahal.

6. Kayu Eboni.

Kayu ini memang dikategorikan sebagai salah satu kayu paling mahal di dunia. Kayu ini dikatakan boleh digunakan dalam bidang perubatan seperti ubat anti radang dan anti kulat.

Kayu ini boleh ditemukan di hutan Afrika, namun disebabkan eksploitasi pembalakan haram, ia telah sukar dijumpai. Harganya dikatakan RM 400 per kaki.

5. Kayu Bokoti.

Kayu ini memiliki motif berbelang menjadikan ia sangat unik dan mahal. Kayu ini ber asal dari benua Amerika Selatan. Sering digunakan dalam industri membuat perabut, alat muzik, pemegang senjata dan pembuatan kapal.

4. Kayu Lignum Vitay.

Lignum Vitay dalam bahasa latin ia digelar Pohon Kehidupan. Pohon ini banyak tumbuh di benua Amerika yang boleh tumbuh setinggi 6-10 meter.

Kayu ini dikatakan antara kayu paling keras dan berat di dunia. Kayu ini sering digunakan dalam industri berat dan pembinaan.

3. Kayu Ros wood Brazil.

kayu ini berwarna kemerahan. Warnanya sangat cantik dan popular dijadikan alat muzik yang halus. tetapi sekatan ke atas pembalakkannya menjadikan ia susah didapati dan sudah tentu harganya sangat mahal.

Harga kayu ini dikatakan mencecah RM 1200 setiap paun. Pokoknya boleh membesar setinggi 100 kaki panjang dan mengeluarkan aroma bunga ros apabila di potong.

2. Kayu Black Wood Afrika.

Kayu ini dikatakan paling jarang ditemui dan dikatakan semakin pupus pada hari ini. kayu ini juga sama sifat dengan kayu eboni walaupun ia adalah spisis yang berbeza.

Kayu ini sering kali digunakan untuk pembuatan alat muzik seperti gitar. Kayu yang sangat kuat dan tahan serangan anai-anai. Pokok kayu ini memerlukan masa 60 tahun untuk diambil menjadi kayu.

1. Kayu Gaharu.

Kayu ini ber asal dari pohon aquilaria yang memiliki aroma harum yang resinnya banyak dimanfaatkan oleh perusahaan minyak wangi.

Gaharu yang berkualiti boleh mencecah sehingga RM 7500 per kilogram. Namun nak menanam dan menjaga pokok gaharu ini bukan lah mudah dan memerlukan kos yang tinggi.

BACA JUGA:
Ronaldo bakal dapat bayaran RM5 juta sehari
Netizen kongsi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, bajet rendah punya
Banjir kilat tak halang pelanggan nikmati sarapan pagi