Jam tangan bukan sekadar aksesori untuk lelaki, tetapi kewujudannya boleh menjadikan lelaki kelihatan lebih berkelas dan bergaya di mata wanita. Banyak jenama jam tangan yang ada di dunia ini, namun pemilihannya perlulah sesuai, selesa, bergaya, tahan lama dan lasak di tangan si pemilik.
10 jam tangan lelaki yang paling laris di Malaysia
Di sini kami nak kongsi 10 Jenama Jam tangan yang paling diminati oleh orang Lelaki terutama sekali di malaysia. Jenama ini dipercayai mampu menampakkan kelas tersendiri pada seorang lelaki yang mementingkan penampilan dan jenama. Tapi hati-hati, kebanyakkan jam tangan tiruan juga menyerupai model model ini. Belilah di kedai yang betul atau butik jenama jam ini.
Tanpa buang masa, jom lihat senarai ini.
1. G- Shock.
G-Shock sebenarnya adalah jam tangan yang dibuat oleh Kasio, tetapi ia direka dengan model yang lebih kasual dan sporty. Bagi anda yang suka melancong jauh, menyelam ke laut, mendaki gunung, dan aktiviti lasak yang lain, G-Shock adalah jenama jam tangan yang terkenal untuk korang.
Memakai G-Shock sahaja telah membuatkan korang nampak lebih maskulin dan bergaya. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna. G-Shock hitam, coklat gelap hingga biru laut boleh menjadi pilihan bagi korang yang ingin kelihatan cool!
2. Casio.
Jam casio adalah yang paling unik dan anti-menstream. Kerana casio mempunyai pelbagai jenis jam tangan yang unik dan boleh menjadi pilihan untuk anda lelaki yang ingin menjadi berbeza dari yang lain.
Casio bukan sekadar jam malah telah mengeluarkan pelbagai ciri menarik pada jam nya seperti versi kalkulator, permainan game, kompas, taimer, lampu dan pelbagai lagi. Rekabentuknya juga sangat cantik dan bergaya.
3. Fossil.
Jam Tangan Fossil ialah jenama jam tangan untuk korang yang ingin kelihatan elegan dan berkelas dengan sentuhan klasik yang sudah tentu menambah kesan old school kepada korang. Ciri menarik pada tali jam tangan fossil ialah ia diperbuat daripada kulit asli.
Semakin gelap kulit jam tangan korang semakin elegan lah anda yang memakainya. Ini kerana mana-mana aksesori yang diperbuat daripada kulit asli cenderung menjadikan lelaki kelihatan lebih jantan dan perkasa.
4. Seiko.
Seiko merupakan jenama jam tangan mewah yang ditawarkan pada harga yang berpatutan yang sesuai untuk dipakai ke pejabat. Walaupun rekabentuknya agak klasik dan kuno, tetapi jangan pernah meragui kualiti yang ada pada jenama ini.
Ia mempunyai enjin jam yang kompleks dan tahan lama. Sebab itu harganya tinggi. Jam tangan Seiko menampilkan jiwa lelaki yang klasik, setia dan abadi.
5. Swatch.
Jam ini terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai kualiti yang sangat baik. Pelbagai jenis design yang nampak ringkas, unik dengan pelbagai warna.
Swatch dikeluarkan dengan menggunakan beberapa jenis material seperti plastik, aluminium, stainless still, silver dan sebagainya. Walaupun banyak jam Swatch menggunakan plastik sebagai case, tetapi buatannya cukup halus dan cantik.
6. Omega.
Jika korang sering menonton filem James Bond, sudah tentu anda sudah biasa dengan jenama jam tangan lelaki Switzerland ini. Bukan sahaja menghasilkan jam tangan khusus untuk lelaki, pilihan jam tangan berkelas untuk wanita juga boleh didapati di Omega.
Siri Omega Constellation, yang mempunyai butiran emas dan berlian, adalah salah satu sasaran ahli perniagaan. Bagi lelaki yang aktif dan sporty, korang boleh mencuba Omega Series Seamaster dan Speedmaster yang ciri-ciri tahan airnya boleh mencapai 600 meter supaya ia sesuai untuk keperluan penyelam.
7. Rolex.
Siapa tak kenal rolex. Jenama jam tangan mahal yang berpengkalan di London ini, yang terkenal dengan pelbagai koleksi jam tangan mewah, paling disasarkan oleh para pengumpul. Dari jam tangan kalis air untuk penyelam laut dalam hingga jam tangan berkelas bagi mereka yang memakai sut tali leher.
Rolex telah menghasilkan lebih daripada 2000 jam sehari dan menjadi 100 jenama global paling berharga di dunia. Pemakai jam rolex
pastinya bukan orang biasa biasa.
8. Tissot.
Bagi lelaki moden dengan gaya berjiwa bebas, korang boleh melihat jenama Tissot. Rekabentuknya moden dan simple yang dibuat dari bahan premium menjadikan jam Tissot sesuai untuk pengumpul jam tangan.
Tissot juga mempunyai ketahanan terhadap ayir sehingga kedalaman 330 meter jadi selamat dipakai semasa berenang atau menyelam. Jam ini juga tahan lasak, susah nak calar atau retak.
9. Tag Heuer.
Jenama ini pastinya sangat berkualiti tinggi dan puas hati memilikinya. Sesuai untuk lelaki yang mementingkan kualiti dan rekabentuk yang terkini. Banyak model telah diperkenalkan mereka yang mana sangat unik dan sporty.
Tag Heuer banyak berinovasi lebih-lebih lagi untuk memperkembangkan enjin chronograph buatan mereka kini yang amat berlainan dari kebiasaan jam chronograph lain. Kalau korang pakai jam ni admin memang tabik spring.
10. Garmin.
Pada mulanya, Garmin terlibat dalam industri penerbangan dengan mengeluarkan pengeluaran navigasi GPS. Namun hari ini, Garmin telah merangkumi industri penerbangan, marin, sukan, automotif, dan juga gaya hidup.
Tidak hairanlah jam tangan Garmin sangat dipercayai apabila mengeluarkan koleksi jam tangan dengan teknologi terkini dan canggih. Garmin menjadi trending di kalangan lelaki sporty. Kerana kebanyakkan koleksi Garmin berkaitan dengan dunia sukan.