Komen Adisak terhadap Malaysia curi tumpuan ramai

Komen Adisak terhadap Malaysia curi tumpuan ramai

Komen Adisak terhadap Malaysia curi tumpuan ramai. Penyerang Thailand, Adisak Kraisorn yang akan memperagakan aksi bersama Terengganu FC (TFC) musim depan, bagaikan serba salah dan memohon maaf kepada penyokong Malaysia selepas membantu pasukannya melakar kemenangan 3-0 pada separuh akhir kedua Piala AFF di Bangkok.

Adisak mel3dak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-71 di Stadium Thammasat sekali gus meranapkan impian Harimau Malaya untuk mara ke final selepas disingkirkan 3-1 menerusi agregat sekalipun menang 1-0 pada aksi pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Penyerang berusia 31 tahun itu, yang pernah bergelar penjaring gol terbanyak Piala AFF 2018 dengan lapan gol, menandatangani kontrak selama dua tahun bersama TFC hujung bulan lalu.

“Harapnya penyokong di Malaysia menerima baik kehadiran saya nanti. Saya tidak begitu memikirkan sangat mengenai perkara itu ketika ini kerana fokus saya adalah bersama pasukan kebangsaan sekarang.

“Bangga untuk menjaringkan satu gol yang memastikan kami layak ke final tetapi harapnya ia tidak bermakna mereka tidak akan menerima saya. Tidak sabar juga untuk beraksi dalam Liga Super Malaysia musim depan,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Komen Adisak terhadap Malaysia curi tumpuan ramai

Gol malam tadi juga mengubat duka Adisak yang gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada separuh akhir kedua menentang Malaysia pada Piala AFF 2018 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Ketika kedudukan 2-2 dan Malaysia berkelebihan menerusi jaringan gol di tempat lawan, Thailand menerima sepakan penalti pada minit kelima masa kec3deraan namun Adisak kecewa apabila rembatannya melambung melepasi palang gol sekali gus menyaksikan Thailand tersingkir.

“Ya, insiden itu memang satu malam ngeri buat saya dan ia sudah menghantui saya selama empat tahun. Saya terpaksa mengharungi tekanan dan mahu mengelakkan kesilapan itu daripada berulang.

“Malam ini hasil kerja keras dan keinginan kuat untuk terus berjuang, peristiwa empat tahun lalu itu boleh saya lupakan dengan tenang. Kini kami perlu berdepan dengan cabaran Vietnam pula pada final,” katanya.

Selepas perlawanan malam tadi, Adisak sudah beraksi sebanyak 54 perlawanan bersama Gajah Perang dan menjaringkan 21 gol. Jika muncul juara, dia akan meraih kejuaraan Piala AFF kali ketiga secara peribadi selepas kejayaan pada 2014 dan 2020. Dia turut memenangi pingat emas Sukan SEA pada temasya 2013 di Myanmar.

BACA:

Ayahanda Zul ugut 4 pegawai, anggota Polis di Terengganu

3 pegawai penjara ini didapati ada hubungan cinta dengan banduan