Jom kita ramai-ramai jadi mat bunga hari ini. sebab kami nak kongsikan sedikit info mengenai bunga yang paling mahal di jual di dunia.
Bunga kebiasaannya diminati oleh kaum hawa keranasinonim dengan sifat semulajadi mereka yang memiliki kelembutan, kecantikan keindahan dan aroma harum.
Ada jutaan spesis bunga yang ada di dunia, pokok buah-buahan dan sayuran juga mempunyai bunganya yang tersendiri. Bunga memiliki warna, aroma, kegunaan bahkan ada lambang yang tersendiri.
10 bunga termahal di dunia harga sangat tak masuk akal
Tapi hari ini kami pilih 10 yang termahal sekali yang ada di planet kita. Yang pasti harganya bukan biasa-biasa. Okey, jom kami senaraikan.
10. Bunga Hydragia. Harganya sekitar 6 USD sebatang.
Hydragia dipercayai ditemukan di negara jepun. kemudian ia tersebar di serata asia selama ratusan tahun dan akhirnya masuk ke benua eropah dan benua amerika. Sekarang spesis terbesar bunga ini di sekitar negara jepun, korea dan china.
Unik pada bunga ini adalah warnanya berubah mengikut kadar PH yang ada pada tanah pokok ini di tanam. Warnanya ada bermacam-macam seperti merah muda, ungu, biru muda, biru tua dan putih. Orang barat suka menjadikan bunga ini sebagai hiasan di majlis-majlis rasmi terutama sekali majlis perkahwinan.
Di malaysia bunga ini diberi nama bunga tiga bulan. Macam mana? cantik kan bunga hydragia ini.
9. Bunga Gloriosa. Harganya dinilai sekitar 8-10 USD sekuntum.
Bunga ini dikatakan merupakan bunga hutan yang banyak terdapat di asia dan afrika. Bunga ini sangat cantik dan jarang-jarang ditemui. Keunikan bunga ini dikatakan kembang secara songsang. perhiasan bunga, putik dan benang sari, yang menunduk ke bawah sedangkan mahkota bunganya membalik ke atas sehingga kelihatan seperti songsang atau terbalik dari morfologi kebiasaan bunga lain.
Sebab inilah ia di gelar Pokok Bunga Kembang Songsang di malaysia. Pokok ini elok berada di tempat terbuka yang senang dilimpahi oleh cahaya matahari sepenuhnya. Pokok ini juga boleh tumbuh meliar dikawasan belukar dan hutan jati.
8. Bunga Lisianthus. Harganya dinilai sekitar 22 USD se ikat. Satu ikat lebih kurang 8-10 kuntum sahaja.
Lisianthus atau Eustoma merupakan bunga yang menyerupai bunga mawar, tetapi yang uniknya ia tidak mempunyai duri. Ia juga digelar Mawar Perancis walaupun asal usulnya memang tiada kaitan dengan negara perancis.
Bunga ini sesuai dengan iklim di eropah. Bunganya boleh mencapai diameter sepanjang 8cm dan tumbuh dengan pelbagai jenis warna. Pokok Bunga ini kuat dan boleh tumbuh setinggi 1 meter jika dijaga dengan baik menggunakan baja yang betul.
7. Bunga Lili of The Vayli. Harganya dinilai sekitar 32 USD seikat. Satu ikat lebih kurang 8-10 kuntum sahaja.
Keunikan bunga ini ada pada bentuknya seperti lonceng berwarna putih pada setiap dahan serta aroma yang khas. Tidak hairan jika bunga ini merupakan bunga rasmi pada pernikahan Raja raja seperti Ratu Victoria, Puteri Astrid dari Sweden, Grace Kelly, dan Kate Middleton
bahkan artis korea terkenal Song Hai Kyo.
Lily of the vayli juga adalah sering digunakan untuk menghasilkan bahan kosmetik dan minyak wangi. Antara kandungan yang ada pada bunga ini adalah glikosida seperti konvallamarin, konvallarin, kardenolides, flavonoid, asid sitrat dan pelbagai lagi.
6. Tulip Semper Augus tus. Harganya dinilai sekitar 5700 USD sepokok.
Bunga tulip ini adalah spisis yang paling mahal dalam keluarga bunga tulip. Keindahannya terletak pada kelopak bunganya yang memiliki warna krim dan corak merah.
Pembenihannya dikatakan bermula sejak abad ke 17 lagi di belanda. pada masa tersebut ia dikatakan sangat jarang ditemui tetapi permintaan terhadapnya tersangatlah tinggi.
5. Gold of Kinabalu Orkid. Harganya dinilai sekitar 6500 USD sepokok.
Nah. ini ada satu bunga termahal dari malaysia. Ia adalah Gold of Kinabalu Orkid atau dengan bahasa lain Anggerik Emas Kinabalu. Spisis ini paling unik dan menjadi khazanah berharga di bumi ini.
Kuantitinya juga tak banyak dan sedang mengalami kepupusan. ia memerlukan masa 8 hingga 15 tahun untuk berbunga. Inilah yang menjadikan pokok bunga ini sangat eksklusif di mata pengumpul bunga di seluruh dunia.
4. Bunga Kadupul. Harganya dinilai sekitar 12 ribu USD sepokok.
Pokok bunga ini dikatakan ber asal dari negara Sri Langka. dan sangat sukar untuk ditemui. Kadupul ini dikatakan akan mekar pada waktu 10-11 malam sahaja dengan mengeluarkan haruman yang sangat wangi. namun awas, jika dipetik ia hanya memerlukan 2 jam sahaja
untuk layu.
Ada yang berpendapat bunga ini digelar Queen of the night. Sesetengah dari pengumpul pokok bunga beranggapan bahawa nilai pokok ini sepatutnya tersangat-sangat mahal kerana keunikkannya yang tersendiri.
3. Bunga Saffron Krokus. Harganya dinilai sekitar 13 ribu USD sepokok.
Bunga Safron mempunyai banyak kegunaannya, bukan sahaja cantik tetapi banyak manfaatnya. Perkataan Saffron dipercayai berasal daripada perkataan Arab ‘zafaran’ yang bermaksud kuning. Tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan didapati merupakan di antara khazanah alam termahal di dunia.
Stigma bunga ini digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara Timur Tengah untuk melazatkan makanan, dijadikan ramuan kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi dan bahan pewarna. Ia kaya dengan Vitamin B2, Asid hidroklorik dan Riboflavin. Malahan ia didakwa sebagai rempah terbaik, paling wangi dan termahal di dunia sehingga mendapat jolokan ‘King of Spaiss’
2. Shenzen Nongke Orkid. Hargannya dinilai sekitar 200 ribu USD sepokok.
Shenzen Nongke orkid ini merupakan orkid yang luar biasa kerana terwujud melalui sains pertanian. Bunga ini terhasil melalui kaji selidik selama 8 tahun oleh para Penyelidik Pertanian Shenzen Nongke.
Pernah satu ketika sewaktu bunga ini di lelong, ada seorang pembida yang tidak dikenali telah membuat bidaan harga sebanyak 1.68 juta yuan iaitu sekitar RM 977,155.20) dan seterusnya menjadi ia antara bunga yang paling mahal sekali di dunia.
1. Juliet Ros. Harga paling tinggi pernah dijual adalah 15.8 juta USD. sepokok.
Setakat hari ini, Juliet Ros ini adalah yang paling mahal pernah di jual. ramai orang memuji mengatakan ia adalah mawar yang tercantik dan terindah yang lahir ke dunia. Mawar ini dikatakan dihasilkan melalui sains oleh pekebun bunga eropah yang bernama David Austin.
Khabarnya David mengambil masa 15 tahun untuk melahirkan Juliet Ros ini. Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, ia berjaya mempesonakan ramai penggemar bunga ros dan banyak mendapat pujian.