Intan Salleh ‘perang’ balik dengan Izreen Azminda, ‘Aku ada rampas apa dari kau ke?”

Intan Salleh ‘perang’ balik dengan Izreen Azminda, ‘Aku ada rampas apa dari kau ke?”

Intan Salleh ‘perang’ balik dengan Izreen Azminda, ‘Aku ada rampas apa dari kau ke?”. Meskipun masing-masing sudah menemui cinta baharu, namun nampak gayanya masih belum habis ‘drama’ antara pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri suaminya, Ude Wahid iaitu Intan Saleh.

Perangai siapa macam budak-budak?

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Intan dilihat membalas balik hantaran yang dibuat Izreen dan Ude yang mendakwa dirinya suka mengundang di media sosial.

Tegas Intan, dia tidak pernah mengambil tahu dan menganggu kehidupan Izreen dan Ude seperti yang didakwa.

Kau nak apa sebenarnya? Aku ada kacau hidup kau ke? Aku ada rampas apa-apa dari kau ke? Aku ambil tahu hidup kau ke? Aku tak pernah nak amik tahu hal kau dan apa aku buat itu, urusan aku tak ada kena mengena dengan kau.

Sekarang aku dah kahwin pun tak habis lagi sibuk hal aku. Eh malah kutuk suami aku. Apa sebenarnya kau nak?

Sebar aib aku? Kalau itu yang buat kau puas hati buat la. Cerita kau dari awal apa kau buat semua aku tau. Ada aku pernah ugut kau? Sedangkan aku tau apa kau buat.

Mengugut aku tak sudah

Intan Salleh 'perang' balik dengan Izreen Azminda, 'Aku ada rampas apa dari kau ke?"

Dalam pada itu, Intan masih berpegang dengan pendirian untuk tidak memafkan pemilik nama Izreen Azminda Aznam. Katanya, ada kisah yang masih disimpan tanpa pengetahuan orang lain.

Selain itu, Intan akui malas untuk melayan pergaduhan yang boleh mengganggu kesihatan mentalnya.

Disuruh oleh pengikut untuk melakukan laporan polis kerana mengganggu ketenteraman jiwa dan emosi, jawab Intan, ‘Dah.’

Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013 namun membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.

Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

BACA:

Ayahanda Zul ugut 4 pegawai, anggota Polis di Terengganu

Jalanraya di Selangor bakal diturap secara besar-besaran Mac ini