Zuraida masuk Muafakat Nasional, dedah Annuar Musa

Zuraida masuk Muafakat Nasional, dedah Annuar Musa

Zuraida masuk Muafakat Nasional, dedah Annuar Musa. Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi siaran di akaun Facebook rasmi miliknya pada Rabu.

Pada masa yang sama, beliau memaklumkan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu turut mengadakan pertemuan di pejabatnya.

Zuraida masuk Muafakat Nasional, dedah Annuar Musa

“Terima kasih Datuk Zuraida Kamaruddin kerana sudi bertandang ke pejabat saya.

“Terima kasih juga kerana menyertai MN,” katanya dalam siaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum itu, MN merupakan parti kerjasama antara UMNO dan Pas, yang dibentuk pada 2019, iaitu setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada 25 November lalu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu memutuskan untuk mengaktifkan kembali MN, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan olehnya.

Pada Jumaat, UMNO mengesahkan Annuar dipecat dan digugurkan dari parti secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

BACA:

Anwar dedah sesuatu tentang Agong, ramai terkejut

Gurauan masuk neraka, peminat tegur Uyaina Arshad

Pernah rasa dihina kerana miskin, ini penampilan terkini Khai dan Rosma