Zul Ariffin tunai umrah, sekali netizen nampak lain pada kaki

Zul Ariffin tunai umrah, sekali netizen nampak lain pada kaki

Zul Ariffin tunai umrah, sekali netizen nampak lain pada kaki. Jika anda mengikuti laman Instagram aktor Zul Ariffin pasti ramai mengetahui pelakon bertubuh sasa itu kini sedang mengerjakan ibadah umrah sekali lagi selepas beberapa bulan pulang dari tanah suci berkenaan.

Menerusi beberapa hantaran dikongsikan pelakon berusia 36 tahun di laman Instagram, dia dilihat segak mengenakan ihram berserta mengukir senyuman manis di hadapan Kaabah.

Senyum lebih, hilang mata..

Dalam pada itu, Zul juga sempat berseloroh dengan menulis satu kapsyen ringkas dan lucu mengenai gambar yang tidak menampakkan matanya berserta emoji berbentuk simbol hati, Kaabah dan menadah tangan.

“Senyum lebih hilang mata,”tulisnya ringkas di ruangan hantaran tersebut.

Zul Ariffin tunai umrah, sekali netizen nampak lain pada kaki

Kenapa warna kaki lain-lain? Edit ke?
Bagaimanapun, hantaran berkenaan menarik perhatian warganet di mana rata-rata mereka memfokuskan pada perubahan warna kaki jejaka kegilaan gegadis Malaya kerana dilihat tidak sama.

Itukan kesan cahaya matahari
Tidak berdiam diri, komen berkenaan mendapat maklum balas dari netizen lain dengan mengatakan ia bukan hasil ‘edit’, sebaliknya kesan daripada cahaya matahari.

Semoga dipermudahkan urusan
Selain itu, ramai netizen mendoakan agar urusan aktor sado itu dipermudahkan urusan mengerjakan ibadah umrah selain berharap agar mereka berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci.

Terdahulu, Zul Ariffin pernah memberitahu dia akan berhijrah dan menetap di Tanah Suci Mekah sebelum memulakan perniagaan di sana sekitar awal tahun depan.

Katanya, ini adalah waktu terbaik untuk dia menjalani perniagaan tersebut namun tetap akan berulang-alik ke Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

BACA:

2 pemimpin PN kena saman dengan Anwar

Macam kena pukau, pekerja Tomok serah duit begitu sahaja kepada lelaki ini

Amyza Aznan seru orang ramai henti hina banduan