Zahid sebut ‘makhluk perosak’, kenapa Annuar pula yang terasa?

Zahid sebut ‘makhluk perosak’, kenapa Annuar pula yang terasa?

Akar umbi UMNO tertanya-tanya kenapa bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa seringkali membalas ucapan Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Persidangan Agung UMNO yang melabuhkan tirai semalam.

Ahmad Zahid dalam ucapannya mencabar seorang ‘makhluk perosak’ dalam UMNO untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri kabinet Perikatan Nasional.

Zahid juga mendakwa menteri berkenaan menikam UMNO dari belakang.

Annuar Musa pantas memberikan reaksi dengan menjawab tidak wajar Zahid mencabar sesiapa dalam UMNO untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri.

Annuar turut berkata, “kalau kita galakkan budaya cabar mencabar dalam parti, apa kata kalau orang pula cabar presiden?”

COMMENTS