Zahid cabar ‘makhluk perosak’ UMNO letak jawatan Menteri

Zahid cabar ‘makhluk perosak’ UMNO letak jawatan Menteri

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar seorang menteri daripada parti itu agar meletakkan jawatan dalam kabinet.

Selain melabelkan pemimpin tersebut sebagai ‘makkhluk perosak’, Zahid juga mendakwa menteri berkenaan ‘menikam’ Umno dari belakang.

“Jika ada di kalangan mereka yang terlalu seronok duduk dalam bilik yang terlalu berhawa dingin dan kerusi empuk, lihat dan harus tahu bahawa mereka yang ada di sana termasuk seorang menteri tapi tak ada di pentas ni tapi menikam Umno dari belakang.

“Kalau dia anak jantan dia harus letak jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak, kalau bukan kerana Umno tak mungkin dia ada dalam kementerian berkenaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2020 di PWTC, Kuala Lumpur, petang ini.

COMMENTS