‘Zahid bacul’, kata Ketua Penerangan Armada BERSATU

‘Zahid bacul’, kata Ketua Penerangan Armada BERSATU

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu (Armada), Ashraf Mustaqim Badrul Munir melabelkan Zahid sebagai ‘bacul’ apabila tidak mengakui rundingan dengan DAP dan PKR.

“Dalam pada Umno telah dibawa ‘sikit-sikit’ mula berkhalwat dan ‘ringan-ringan’ bersama DAP dan Anwar Ibrahim, tapi si presiden Umno yang punyai 87 kes rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa jelas bersifat bacul untuk mengakui pula hubungan haram beliau dengan Anwar Ibrahim.

“Dikatakannya “No DAP, no Anwar” dengan terpancar riak dalam keterpaksaan (jelas diperkatakan hanya kerana tuntutan akar umbi yang menolak),” katanya.

Ashraf juga mendakwa bahawa penolakan ke atas Bersatu yang dipelopori Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak adalah kerana Muhyiddin tidak mahu melayan permintaan untuk campur tangan dalam kes mahkamah membabitkan mereka.

“Umno di bawah Zahid Hamidi dan kluster mahkamah bukan lagi menunjukkan ciri sebuah parti yang membela bangsa, melainkan pemecah-belah bangsa dan gila kuasa.

“Sedang Bersatu yang menyahut secara bersama seruan pengukuhan destini orang Melayu atas nama Perpaduan Ummah, Umno kluster mahkamahlah yang menjadi tunjang pemberontakan atas kepentingan peribadi dan hanya beromongan kosong saban hari. 

“Saat tutur bicara dalam kalangan mereka yang melaungkan penyatuan Melayu dan destini bangsa ternyata hipokrasi semata.

“Keangkuhan yang dipelopori kluster mahkamah pasti akan membawa Umno kepada kehancuran,” katanya dalam kenyataan.

COMMENTS