Yazmin Aziz seronok bercuti dengan ‘boyfriend’ baru, sekali lain pula netizen komen ‘bilik asing-asing ke?’
Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz sekali lagi mencuri perhatian warganet
apabila dia dilihat teruja bercuti bersama teman lelakinya dipercayai di Bali, Indonesia.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Yazmin atau Yazmin Aldwin Abdul Aziz berkata itu adalah negara keempat dia dan teman lelakinya, Austin Veloso bercuti bersama.
Ini negara keempat kita bersama.
Penyanyi berusia 22 tahun itu dan kekasihnya yang merupakan atlet bola keranjang berasal dari Hong Kong tersebut dilihat menaiki pesawat bersama dan meluangkan masa dengan bermain boling.
‘Bilik asing ke?’
@yazminaziz Another couple goal unlocked 🙈 #FYP #TikTokMY #Couple #CutiCutiTikTok ♬ original sound – Laureen Uy
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat kemesraan pasangan ini. Bagaimanapun, ada diantara mereka yang tertanya-tanya adakah pelantun lagu Lihatlah tersebut tidur berasingan dengan teman lelakinya ketika bercuti.
Terdahulu, Yazmin Aziz mengakui sedang menjalinkan hubungan bersama Austin selepas putus dengan pemain bola sepak Brazil, Guylherme Brizolara.
BACA:
Angau bercinta dengan pelakon lelaki terkenal berbadan ‘sado’?, adik Neelofa tayang mesej rindu