Yazmin Aziz hanya cantik dalam TikTok je tapi bila depan-depan tak pon… kata netizen

Cantik di media sosial tetapi berbeza ketika bertemu depan-depan, itu dakwaan netizen terhadap Yazmin Aziz.

Tidak melatah dengan komen sedemikian, penyanyi berusia 22 tahun itu tampil menegaskan

Bahawa dia sama sekali tidak pernah menganggap dirinya cantik kerana bukan paras rupa semata-mata yang menentukannya.

Yazmin Aziz hanya cantik dalam TikTok je tapi bila depan-depan tak pon… kata netizen

“Saya minta maaf sekiranya penampilan saya menganggu awak. Saya tidak pernah cakap saya ini cantik.

“Apa-apa pun kita semua ciptaan Tuhan. Saya terima diri saya seadanya. Lagi pun bukan ke hati yang baik lebih penting daripada muka yang cantik? Fikirkan semula apa yang awak cakap,” katanya.


Yazmin berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Penyanyi berkenaan menjawab komen seorang netizen sebuah video yang memaparkannya sedang berjalan di karpet merah Anugerah TikTok Malaysia 2023 pada malam Ahad.

Netizen berkenaan berkata Yazmin hanya cantik dalam video TikTok dan tidak sekiranya berjumpa secara berdepan.

Dalam pada itu, Yazmin turut menegaskan setiap individu mempunyai kekurangan diri dan berdepan perjalanan hidup berbeza.

Malah dia mengaku tidak sempurna dan berdepan dengan masalah berat badan selepas kehilangan datuk tercinta.

“Saya juga mengaku saya tidak tinggi dan mengalami kenaikan berat badan selepas datuk saya meninggal dunia… sedih kan!

“Kita tidak tahu kesusahan orang lain… macam saya kena kerja untuk bantu keluarga, kena belajar untuk capai impian sendiri.

“Saya tidak mahu berputus asa. Saya akan sentiasa menyebarkan kebaikan dalam setiap content atau nyanyian saya,” ujarnya.

BACA: Ibu ayah dari neraka, ikat anak ‘nakal’ pada tiang, selamba makan di medan selera tanpa rasa belasah buat netizen berang