Salam krt, Aku nak confess tentang pengalaman aku. Aku ibu dan isteri kepada 2 orang anak.
Kisahnya baru2 ni aku ada berhubungan dengan 2 orang rakan sekerja yang sudah mempunyai isteri
Dan salah seorg tu aku da pernah terlanjur and kami tak bersama lagi sebab aku yang mintak hentikan hubungan ni.
Sebab aku rasa dipergunakan dan dia senang2 bahagia ngn wife die. Selepas hubungan tu tak kemana, laki tu terus mengelak dari aku dan takda rasa bersalah.
Ya aku sedar aku dah buat dosa besar kat suami sampaikan life aku dah start bermasalah dan satu2 masalah timbul.
Sebelum ni, life aku smooth je tapi sejak aku start cari masalah, memang tuhan nak tunjuk kat aku balasan yang aku dah buat.
Aku redha kalau ini balasan yang aku dapat hasil dosa aku sendiri. Aku tengah nak fix balik kesalahan aku dengan fokus kat anak2 dan rumahtangga aku.
Tapi aku masih tak tenang dan hari2 aku ada perasaan paranoid dan anxiety setiap kali pergi kerja lagi2 dalam keadaan aku yang sarat mengandung.. Aku cuba muhasabah diri untuk dekat kan diri ngn Allah.
Sejak benda ni jadi, aku cuba untuk mengelak dari rapat dengan mana2 rakan sekerja sebab aku taknak ulang lagi kesilapan. Aku terima kecaman dan nasihat dengan hati terbuka.