Wawa Zainal sedia hamil anak ke 5,dah buang implan cegah hamil

Wawa Zainal sedia hamil anak ke 5,dah buang implan cegah hamil.Gara-gara menerima kesan sampingan, pelakon Wawa Zainal membuat keputusan membuang alat mencegah kehamilan implan yang dipasangnya selepas melahirkan cahaya mata keempat November lalu.

Menurut Wawa, disebabkan pemasangan alat itu kitaran haid menjadi tidak terkawal dan menyukarkan dirinya melakukan ibadah lebih-lebih lagi hampir memasuki bulan Ramadan.

Wawa Zainal sedia hamil anak ke 5,dah buang implan cegah hamil.

“Saya pasang implan memang sebagai perancang untuk jarakkan tempoh kehamilan.

“Bagaimanapun disebabkan kitaran haid yang tidak terkawal saya rasa lebih baik buang sahaja. Sudah dua bulan period saya tak berhenti.

“Tambahan pula kita nak menyambut Ramadan tidak lama lagi, jadi kalau terus pasang alat ini saya tidak tahu sama ada dalam keadaan suci atau tidak untuk berpuasa.

“Kalau ikut nasihat doktor, perlu tunggu selama tiga bulan, tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut,” ujarnya kepada mStar.

 

Wawa melahirkan anak keempatnya Jibril pada 30 November lalu.

Dalam pada itu, Wawa yang berkongsi masalah itu dengan pengikut di Instagram turut menerima pelbagai respons berkaitan pemasangan alat pencegah kehamilan itu.

“Syukur saya tidak menerima kesan teruk. Ada follower yang DM beritahu mereka mengalami sakit kepala yang teruk selepas pasang implan,” katanya.

Sementara itu, Wawa berkata, dia akan membuat perancangan keluarga sendiri dan tidak menolak jika diberikan rezeki anak kelima dalam masa terdekat.

“Jadi sekarang ini kami buat perancangan sendiri sahaja untuk jarakkan usia kandungan.

“Tetapi jika diberi rezeki anak dalam masa terdekat, saya tidak menolak,” ujar Wawa.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafril ini baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama JIbril Ibtisam pada 30 November lalu.

Wawa memilih untuk membuat perancangan sendiri dalam soal hamil semula.

Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013 dan selain Jibril mereka mempunya tiga orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Wawa memberitahu dia kini sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan promosi produk tudung dan kosmetik menjelang Aidilfitri.

Berita Lain:

Janna Nick kahwin lari dengan Schatzmann di Thailand?

Akibat tayang gari pada orang ramai, polis buru pemilik Proton Persona

Dr Zulkifli sahkan ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia tengok malaikat itu benar