Wawa Zainal naik takut dengan perangai netizen, siap tentukan neraka syurga

Wawa Zainal naik takut dengan perangai netizen, siap tentukan neraka syurga

Wawa Zainal naik takut dengan perangai netizen, siap tentukan neraka syurga. Gara-gara memberi ‘green light’ kepada anak bersolek ala watak Wednesday Addams dan menari menggunakan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga, pelakon dan usahawan Wawa Zainal dikecam netizen.

Neraka tempat untuk orang jahil

Menerusi hantaran di Instagram Stories, ada seorang pengguna media sosial yang menegur kekhilafan aktres berumur 31 tahun itu dengan komen panjang lebar.

Wawa Zainal naik takut dengan perangai netizen, siap tentukan neraka syurga

Katanya, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya memberi teguran namun terserah sama ada ingin menerima atau tidak. Selain itu, individu terbabit juga menyentuh soal neraka.

Tidak mendiamkan diri, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dilihat membalas komen tersebut.

Wawa Zainal naik takut dengan perangai netizen, siap tentukan neraka syurga

Pulak dah. Yelah kau seorang saja ahli syurga. Takut la netizen sekarang. Siap tentukan syurga ke neraka.

Sebelum ini, Wawa memuat naik video anak perempuannya, Hayla Magfiraul Adzkiyaa, yang sedang mempromosikan jenama solekan Wawa Cosmetics.

Dalam rakaman itu, Hayla yang tampil mengenakan ‘dress’ berwarna hitam dilihat mengikuti ‘trend challenge’ mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams.

Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.

BACA:

Pengetua cedera dipukul, Maahad Tahfiz diceroboh

Ini tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023

Safawi Rasid dedah sesuatu mengejutkan tentang TMJ