Ramai yang tidak tahu sebenarnya kita tidak boleh terbabit dalam sebarang urusan transaksi tunai jika wang kertas yang kita perolehi telah dicemari dengan kesan dakwat “berbahaya”.
Ini kerana ia berkemungkinan adalah wang yang telah dirompak dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM)!
Menerusi perkongsian seorang individu, dia memberitahu bahawa ATM seluruh negara telah pun dinaiktaraf dengan sistem baharu – di mana jika berlaku rompakan, ATM akan menyembur dakwat pada wang tersebut.
Dengan cara mengotorkan wang kertas yang berada di dalam mesin ATM, ia boleh menghalang wang kertas tersebut daripada digunakan semula selepas dirompak.
“Duit yang dipenuhi dengan dakwat adalah duit Rompakan! Untuk pengetahuan semua, jika kita menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat seperti dalam gambar ini harap kita jangan menerimanya.
“Kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM.
“Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat pada kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut.
“Apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya ia akan secara automatik mengeluarkan dakwat pada wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya.
“Harap semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil,” katanya.
Pada Mei 2015, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan Teknologi Hakisan Dakwat iaitu salah satu cara untuk mengotorkan wang kertas tersebut yang berada dalam mesin ATM dengan tujuan menghalang ia digunakan semula selepas dirompak
Teknologi tersebut telah dibangunkan oleh syarikat Perancis iaitu Oberthur Cash Protection dengan harapan mampu meningkatkan tahap keselamatan sistem kewangan di Malaysia yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang berteknologi tinggi di mesin ATM.
Dakwat tersebut akan mengotorkan duit kertas berkenaan dari berbagai sudut dan kesan dakwat itu tidak boleh dihilangkan malahan tidak boleh dicuci, sekaligus menjadikan wang itu tidak bernilai dan tidak boleh digunakan lagi.
Manakala, wang yang telah dirosakkan itu akan lebih memudahkan pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang siasatan dan dapat mengesan dengan mudah apa saja cubaan rompakan di mesin ATM tersebut.
Baca juga:Kecoh pengantin lelaki bersanding seorang diri atas pelamin, ini yang jadi rupanya