Perbuatan dua warga emas yang bergaduh sehingga berguling-guling di atas tanah kerana berebut seorang lelaki telah menarik perhatian orang ramai, dilaporkan oleh saluran berita Tribunnews semalam.
Kejadian ini berlaku di sebuah pasar di Kampung Masalili, Muna, di wilayah Sulawesi Tenggara pada Jumaat lalu.
Dua wanita yang terlibat dalam kejadian ini hanya dikenali sebagai WI dan WP.
Pertengkaran itu bermula apabila suami WI dikatakan berjanji untuk mengahwini WP. Namun, janji tersebut tidak dipenuhi, yang membuatkan WP berasa marah.
Hubungan sulit ini kemudian terbongkar dan diketahui oleh isteri WI, yang menyebabkan kedua-dua wanita itu bertikam lidah di tengah-tengah pasar.
Sebuah klip video menunjukkan orang ramai cuba memisahkan pergaduhan tersebut.
Rakaman video itu telah menjadi viral di media sosial dan menarik perhatian orang ramai.
Baca : Banglo Sajat tak laku-laku lagi!