Warga Bangladesh didakwa hasil video ‘blue’ kanak-kanak

Warga Bangladesh didakwa hasil video ‘blue’ kanak-kanak

Warga Bangladesh didakwa hasil video ‘blue’ kanak-kanak. Seorang lelaki warga Bangladesh, yang merupakan pelajar perubatan sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak

Zobaidul Amin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Dia berdepan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu perbuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mengikut Seksyen 10 akta sama iaitu memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB serta cakera keras dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 Okt 2021 hingga 19 Sept lepas.

Warga Bangladesh didakwa hasil video ‘blue’ kanak-kanak

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria memohon mahkamah supaya tidak membenarkan Zobaidul diikat jamin atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Beliau berkata sekiranya jaminan diberikan, tertuduh dikhuatiri meneruskan aktiviti mengarah atau menghasilkan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa secara dalam talian.

Peguam Harvindar Singh pula memohon agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan kesalahan di bawah akta itu boleh diberikan jaminan.

Surita kemudian membenarkan Zobaidul diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 30 Nov sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

BACA:

Ingatkan kek kenduri kahwin, rupanya kubur yang dihias meriah

Tular video pendek murid sekolah lakon semula babak filem Mat Kilau

Nasib Presiden UMNO ditentukan hari ini