Wanita tular dera kanak-kanak dedah punca sebenar kejadian

Wanita tular dera kanak-kanak dedah punca sebenar kejadian

Wanita tular dera kanak-kanak dedah punca sebenar kejadian. Terdahulu, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan dipaksa untuk menelan makanan yang telah disediakan sehingga termuntah.

Menerusi laporan Berita Harian, wanita yang dikenali sebagai Amira, membuat permohonan maaf dan menyatakan bahawa dia tiada niat untuk mendera anak angkatnya itu.

Saya memohon maaf dan tiada niat mendera. Saya memang pukul tetapi saya mahu dia makan untuk mengelak dia kurang nutrisi.

Amira yang tidak diwakili peguam turut merayu pengurangan denda dan mendakwa beliau tidak mempunyai niat untuk melakukan perbuatan mendera itu.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid, tertuduh seorang yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga mangsa.

Wanita tular dera kanak-kanak dedah punca sebenar kejadian

Kanak-kanak berumur sedemikian perlu diberi perhatian dan kasih-sayang. Kecederaan yang dialami mangsa ini berlaku pada banyak anggota badan dan bukannya di satu bahagian badan sahaja. Ini boleh menyebabkan trauma selama seumur mangsa.

Tindakan tertuduh lebih kepada bukan mendidik namun ia satu perkara yang dianggap tidak adil dan dianggap zalim.

Mangsa dikatakan, dipukul oleh pasangan terbabit dengan menggunakan penyangkuk baju, kayu penyapu dan kadang kala dicucuh dengan pemetik api. Susulan daripada itu, pasangan suami isteri tersebut mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi kerana melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

BACA:

‘Gemuk punca Shuk Sahar curang’, Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu

Pengambilan Julai 2022 : Jawatan kosong kerani, minima SPM

Kereta polis potong garisan berkembar, ini penjelasan PDRM