Wanita promosi khidmat pasang ‘braces’ milik rakan, sekali KKM sound minta nombor telefon

Wanita promosi khidmat pasang 'braces' milik rakan, sekali KKM sound minta nombor telefon

Wanita promosi khidmat pasang ‘braces’ milik rakan, sekali KKM sound minta nombor telefon. Walaupun salah dari segi undang-undang, masih ada yang menyediakan khidmat pemakaian pendakap gigi ataupun ‘braces’ oleh doktor gigi palsu atau orang awam. Meskipun sedar akan risiko yang perlu mereka hadapi, ramai yang sanggup membayar khidmat doktor palsu ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dikecam teruk selepas mencadangkan khidmat tersebut yang disediakan rakannya pada harga RM300, yang turut mendapat perhatian akaun Twitter milik KKM.

Beli sijil daripada doktor gigi

Dalam satu ciapan, pengguna tersebut berkongsikan tentang khidmat pemasangan pendakap gigi yang ditawarkan rakannya pada harga serendah RM300. Ciapan tersebut merupakan respon kepada bebenang yang membincangkan tentang harga pemasangan braces yang rata-ratanya melebihi RM3,000.

Dalam ciapan tersebut, wanita itu berkata, kos pemasangan ‘braces’ oleh rakannya hanya berharga RM300 dan ‘doktor’ tersebut malah boleh datang ke rumah mereka untuk memasang pendakap gigi.

Wanita promosi khidmat pasang 'braces' milik rakan, sekali KKM sound minta nombor telefon

Kawan saya ada buatkan, RM300 je, siap datang rumah lagi kalau nak. Maintain bulan-bulan suka hati nak buat dekat klinik atau dengan dia, dengan dia cuma rm50. Ramai juga buat dah dengan dia. Dia ada sijil (rasanya) nak nombor dia?

Dia dapat sijil dia daripada seorang doktor gigi, dia bayar beribu-ribu, untuk masuk kursus berbulan-bulan. Dia dah buat bertahun-tahun.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengguna lain yang mengecam tawaran tersebut yang dilihat sebagai satu perkhidmatan ‘haram’ dan tidak bertauliah.

‘Nak number dia please’ – KKM

BACA:

Umum subsidi tapi tak dapat-dapat, baik mansuh sahaja – Penternak

Netizen gelar Hisyam Hamid sebagai ‘Zul Ariffin 2.0’, tidak malu dukung Scha Elinnea

Kerajaan tarik balik subsidi kepada penternak bermula 1 Julai ini