Wanita nazak dihempap lori selamat lahirkan anak

Wanita nazak dihempap lori selamat lahirkan anak

Wanita nazak dihempap lori selamat lahirkan anak. Seorang bayi perempuan dianggap ‘bayi ajaib’ selepas dilahirkan ketika ibunya dihempap sehingga meninggal dunia oleh sebuah lori dalam kemalangan .

kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ daripada rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.

Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor telah mengesahkan bahawa bayi terbabit berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.

Lebih memilukan agi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ‘ajaib’ ketika sedang nazak di tempat kemalangan.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.

Wanita nazak dihempap lori selamat lahirkan anak

Pihak polis di Narkhi menyatakan bahawa kemalangan maut itu telah melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.

Menurut saksi di tempat kejadian, dia mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.

BACA:

Pemuda ini perhati selama 4 jam pekerja makanan segera, bila ditanya terus mengalir air mata

Bermula Oktober semuanya ‘cashless’ di kaunter KKM, tiada lagi tunai

Budak 2 tahun dibunuh ibu sendiri, puncanya kerana tumpahkan gula

COMMENTS

Wordpress (0)