Wanita maut dibakar hidup-hidup, rupanya kantoi berasrama dengan kekasih

Seorang wanita telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya setelah tertangkap bercinta dengan teman lelakinya

Di atas timbunan jerami, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Deccan Herald semalam.

Mayat mangsa, Anjali, 35, ditemui pada lewat kelmarin di sebuah kawasan padang berhampiran kampung Gotiya.

Wanita maut dibakar hidup-hidup, rupanya kantoi berasrama dengan kekasih

Polis telah menahan suami mangsa, Nepal Singh, atas tuduhan membunuh setelah keluarga mangsa membuat laporan.

Semasa ditanya dalam siasatan, Nepal mengakui bahawa dia membunuh isterinya kerana wanita itu terlibat dalam hubungan luar nikah bersama lelaki lain.

Menurut polis, semasa kejadian pada malam kelmarin, suspek melihat mangsa sedang berbaring di atas timbunan jerami bersama teman lelakinya.

Dia kemudian membakar jerami tersebut sebelum melarikan diri.

Mayat mangsa telah dihantar untuk menjalani bedah siasat, manakala nasib teman lelakinya tidak dapat dipastikan.

BACA: 19 sekolah dalam negara terima ancaman bom, rupanya ini motif sebenar ramai nak tahu