Wanita lalui ‘detik hitam’, minta resign selepas terhantar sticker tak senonoh dalam group pejabat

Wanita lalui 'detik hitam', minta resign selepas terhantar sticker tak senonoh dalam group pejabat

Wanita lalui ‘detik hitam’, minta resign selepas terhantar sticker tak senonoh dalam group pejabat. Memandangkan smartphone adalah satu keperluan sekarang, rasanya setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi tersalah hantar mesej kepada orang ataupun group tertentu. Meskipun kecuaian ini tidak disengajakan, tetapi kesannya boleh menyebabkan seseorang malu dan menyesal tidak terhingga.

Menyesal tak periksa dulu sebelum tekan butang send

Begitulah juga ‘detik hitam’ dilalui oleh seorang gadis di Indonesia baru-baru ini. Terdahulu, pengguna akaun TikTok @neptune_projectt tengah asyik melayan mesej bersama seseorang. Namun gara-gara tidak periksa terlebih dahulu sebelum tekan butang send, dia telah melakukan kesilapan yang pasti menghantui sepanjang hidupnya.

Terhantar sticker tak senonoh di group pejabat…gadis malu teruk minta resign

Sejurus menyedari dirinya terhantar 1 sticker yang kurang senonoh di WhatsApp Group pejabat, dia terus menangis teresak-esak. Disebabkan ia telah dilihat oleh ramai orang, gadis tersebut bahkan mahu minta resign kerana terlalu malu. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih sejuta views setakat ini. Wanita lalui 'detik hitam', minta resign selepas terhantar sticker tak senonoh dalam group pejabat

Pengajaran, janganlah save sticker yang aneh-aneh…hidup memang tak tenang kalau jadi macam ni

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan menasihatinya agar ambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman serupa disebabkan tersalah send mesej di group masing-masing.

BACA:

Sudah lapor JPP tapi tiada tindakan, Afdlin Shauki buat laporan polis berkaitan pemilihan PKR

Ini rahsia masak sambal nasi lemak yang ‘power’, dijamin sedap giler

Neelofa kongsi gambar ‘sweet’ PU Riz, pakaikan inai ditangan