Wanita kongsi kesedihan perkahwinan dibatalkan, sekali bakal suami dedah apa berlaku

Wanita kongsi kesedihan perkahwinan dibatalkan, sekali bakal suami dedah apa berlaku

Wanita kongsi kesedihan perkahwinan dibatalkan, sekali bakal suami dedah apa berlaku. Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan berharap hari bahagia mereka berjalan dengan lancar. Namun lain pula yang terjadi pada seorang gadis ini mendakwa bakal suaminya membatalkan majlis perkahwinan mereka.

Sedih pernikahan dibatalkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Kayees di TikTok, pada awalnya dia berasa teruja melakukan persiapan menjelang hari bahagianya. Bukan itu sahaja, kad jemputan perkahwinan turut diagihkan kepada para tetamu termasuklah rakan sekerja.

Jemputan atas nama dan gambar aku tapi bila majlis nanti bukan aku yang jadi pengantinnya. Sebaik-baik perancangan manusia, Allah punya kehendak yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, pernikahannya dibatalkan tiga hari sebelum majlis kerana bakal suaminya akan berkahwin dengan wanita pilihan orang tua. Video yang meraih lebih 12 juta tontonan itu turut memaparkan wanita itu sedang membakar foto pre-wedding serta kad jemputan.

Wanita kongsi kesedihan perkahwinan dibatalkan, sekali bakal suami dedah apa berlaku

3 hari sebelum nikah dapat berita yang dia akan berkahwin dengan perempuan lain yang dah pilih oleh ibu bapanya. Terus urus borang pembatalan pernikahan.

Pihak perempuan minta geran rumah

Namun begitu, ‘bakal suami’ wanita terbabit yang dikenali sebagai Ryan tampil menyangkal segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Jelasnya, mereka terpaksa batalkan perkahwinan kerana pihak perempuan memintanya untuk menyediakan satu geran rumah sebagai salah satu daripada mas kahwin.

Yang nak batalkan perkahwinan itu bukan pihak lelaki tetapi pihak perempuan. Batalkan pun sebab mas kahwin yang diminta adalah geran rumah kalau cakap dari awal boleh saya pertimbangkan.

Susulan daripada itu, majlis perkahwinan tetap diteruskan kerana segala persiapan dan bayaran telah dibuat. Malah, sepupunya terpaksa berlakon sebagai pengantin perempuan demi menutup aib keluarga.

Dalam pada itu, ibu kepada lelaki terbabit dilihat begitu tenang dan masih memberi sokongan kepada anaknya. Ujarnya, tidak salah jika keluarga belah perempuan ingin menuntut mas kahwin dalam benda apa-apa pun, namun perlulah melihat dari segi kemampuan lelaki itu sendiri.

‘Berbahagialah agar hancurku tak sia-sia’

‘Yang batalkan majlis pihak perempuan’

@hokcay22batal nikah karna maskawin minta sertipikat rumah gpp minta sertipikat rumah ini udh 4 hari mau acara klw dari awal nya bilang pasti aku pertimbangkan♬ suara asli – RYAN DONO

BACA:

Hanya guna bawang putih & serai, elak kucing berak merata

Gagal dapat jawapan dari cikgu, murid buat aksi lambung pemadam

Ini jaminan SC terhadap perlindungan terhadap pelabur