Wanita kesal selalu ditipu temujanji, ini yang dilakukan buat lelaki terkejut

Wanita kesal selalu ditipu temujanji, ini yang dilakukan buat lelaki terkejut

Wanita kesal selalu ditipu temujanji, ini yang dilakukan buat lelaki terkejut.Sering dibatalkan janji temu berkali-kali, seorang wanita nekad minta wang deposit daripada pasangannya sebagai insurans bahawa lelaki itu akan muncul pada pertemuan kedua.

Memetik New York Post, kejadian itu berlaku setelah seorang lelaki yang ditemui dalam aplikasi dating menarik diri sejam sebelum perjumpaan.

Dia kemudiannya bersetuju untuk berjumpa semula pada tarikh yang lain dengan syarat lelaki itu membayar deposit menggunakan perkhidmatan talian Venmo sebanyak RM231.

Wanita yang bekerja di New York itu membuat keputusan sedemikian ekoran masa dan tenaganya sudah terbuang dengan sia-sia.

Wanita kesal selalu ditipu temujanji, ini yang dilakukan buat lelaki terkejut

“Saya sudah penat dengan masa dan tenaga saya disiakan. Dalam hampir setiap senario, apabila seseorang menjadualkan temu janji, mereka tidak mempunyai jaminan polisi tidak hadir atau deposit keselamatan,” katanya semasa ditemu bual.

Kredit: New York Post
Sementara itu, lelaki itu bersetuju dengan syarat dan menghantar wang kepadanya kemudian mereka berjumpa dan lelaki itu memberi sepenuh perhatian kepadanya serta membayarkan makanan semasa temu janji itu.

Tindakan wanita itu disokong oleh rakan perempuannnya namun rakan lelaki menganggap ianya tidak masuk akal namun dia tidak menyesal dengan perbuatannya.

Deposit sebagai jaminan
Sementara itu, dalam situasi yang berbeza, seorang wanita yang lain turut mengaku dia menghantar enam permintaan Venmo sebanyak RM6,000 hingga RM13,000 daripada lelaki yang dia temui.

Ujarnya, dengan meletakkan deposit sebagai jaminan membantu lelaki untuk lebih memahami kesilapan dan kelakuannya mereka dengan lebih baik.

Walaupun sesetengah lelaki terkejut dengan permintaanya namun mereka hanya menurut permintaannya tanpa berkata apa-apa.

BACA:

Beli nasi lauk pecel ayam dapat perisa tambahan, kembang tekak wei

Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri