Wanita kaya ketawa dituduh tumpang duit ex suami, tuntut nafkah makan anak RM5

Ramai lelaki terlupa bahawa melunaskan nafkah anak merupakan satu kewajiban yang perlu dilaksanakan hatta sudah bercerai dengan bekas isteri sekalipun.

Andai gagal memberikan kerjasama yang baik, ada bekas isteri yang terpaksa menuntut keadilan di mahkamah demi masa depan anak-anak.

1 anak RM200 sebulan…Saya tak setuju…Lepas tu dia naikkan RM250

Wanita kaya ketawa dituduh tumpang duit ex suami, tuntut nafkah makan anak RM5

Itulah proses sulh yang sedang dilalui oleh usahawan, Puan Nurain Abdullah di mana dia ada berkongsikan kisah itu menerusi TikToknya kelmarin.

Sambil berjalan keluar mahkamah dan memegang dokumen penting, dia mendedahkan bagaimana bekas suaminya telah tawarkan RM200 untuk nafkah makan anak pada setiap bulan.

Faham dengan kewangan bekas suami sekarang, namun Puan Nurain yakin tuntutan nafkah anak yang dibuat olehnya tidaklah bersifat melampau.

Dia kata “Biar anak duduk dengan aku”…Dah besar nak ambil semula? Masa terberak kecik-kecik, kau serah pada aku

Selain itu, usahawan ini sempat menyindir lelaki berkenaan yang seronok melancong dengan keluarga baru tetapi memberi alasan tidak mampu dalam urusan nafkah anak-anak kandung.

@nurain941 @NURAIN ABDULLAH NEW ACC ♬ original sound – Nurain Abdullah

Dengan alasan perlu menanggung anak-anak tiri (anak isteri baru), Puan Nurain bagaimanapun menyifatkan bekas suaminya tidak patut mengetepikan hak yang seharusnya diterima oleh anak-anak kandung.

Aku tuntut RM5 sekali makan, itu asal ada je…Aku nak tolong ex supaya tak ‘kena’ di akhirat sana

Ramai netizen wanita begitu menyokong perjuangan Puan Nurain menuntut hak anak-anak. Malangnya, ramai juga golongan lelaki yang melenting selain menuduhnya mahu menumpang kesenangan bekas suami.

Tidak bercakap banyak, usahawan ini terus menunjukkan duit yang berkepuk-kepuk sekaligus membuktikan bahawa dia sendiri sudah mempunyai harta sendiri. Jadi fitnah sebegitu jelas-jelas tak berasas sama sekali.

BACA:Cikgu wanita tergamak kurung anak murid sendiri dalam kelas bersama seorang lelaki untuk diperkosa