Wanita ini rela hidup dimadukan, rupanya ini sebabnya

Wanita ini rela hidup dimadukan, rupanya ini sebabnya

Wanita ini rela hidup dimadukan, rupanya ini sebabnya. Jika disebut mengenai topik poligami tidak semua isteri ‘sudi’ berkongsi kasih dan berkorban demi kebahagiaan suami tersayang. Meskipun pahit untuk ditelan, namun kehidupan masih perlu diteruskan seperti biasa.

Rela bermadu daripada suami curang

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Novi menceritakan kisah dirinya di mana dia rela untuk bermadu kasih. Ujarnya lagi, dia lebih rela membiarkan suami tersayang berkahwin dengan wanita lain berbanding curang dibelakangnya.

Lebih baik saya izinkan suami saya kahwin lain daripada suami saya bermain kayu tiga dibelakang saya.

Dakwa wanita cekal ini lagi, jika si isteri ikhlas untuk berkongsi kasih, maka kebahagiaan itu akan dirasai setiap pasangan yang berkemampuan serta adil antara satu sama lain.

Wanita ini rela hidup dimadukan, rupanya ini sebabnya

Lagi pun salahnya dekat mana kalau suami ada dua isteri? Tak dilarangkan dan juga tak diharamkan. Jadi bagi saya poligami itu indah.

Bercerita lebih lanjut, wanita berkenaan mengakui bahawa dia bersama ‘madunya’ sudah lima tahun tinggal sebumbung sehingga mereka menjadi rapat seperti adik-beradik.

Kami satu rumah tapi berlainan bilik. Tapi kadang-kadang tu kalau kami balik ke rumah mentua, kami bertiga tidur dalam satu bilik.

Dalam pada itu, dia sempat berkongsi beberapa tips untuk membahagiakan rumah tangga di mana para isteri perlu saling menyokong antara satu sama lain dan tiada sifat iri hati.

@novi_mamavii Balas @dwisapuantorilah43 diluar sana masih banya jg suaminya diam² nikah tanpa sepengetahuan istripertama,karna suami boleh nikah lebih dari 1,jadiiii hati² ya suami nikah diam²#tiktok #fyp #senyumsemangat ♬ suara asli – Novi House Fashion

BACA:

Doktor sampai ‘bawa’ atok angkat asal Jepun, kongsi apa itu Bon Odori

Kualiti daging ayam meningkat, rupanya penternak bagi makan ganja

Zara Zya mohon ‘doa’ yang baik-baik, sekalinya ini respon netizen