Wanita idam suami muka Hindustan dan berbulu, tolak ‘muka jambu’

Wanita idam suami muka Hindustan dan berbulu, tolak 'muka jambu'

Wanita idam suami muka Hindustan dan berbulu, tolak ‘muka jambu’. Zaman sekarang memang ramai gunakan platform media sosial untuk mencari jodoh, tapi seringkali sukar dapat pasangan yang memenuhi kriteria idaman. Samalah seperti pelayar Twitter bernama Farhah ini yang pernah viral tahun lepas, susulan ingin mencari calon suami wajib berwajah Hindustan serta banyak bulu.

Dapat lebih 300 DM tapi banyak tak menepati kriteria…reject ‘muka jambu’ & tak serius dalam hubungan

Memetik portal mStar Online, wanita berusia 28 tahun itu agak sukar jelaskan mengapa dia tertarik dengan lelaki ‘taste‘ tersebut. Namun Farhah percaya, ia dikurniakan oleh Tuhan untuk bantu menetapkan pilihannya. Meskipun lebih 300 ‘lamaran’ diterima pada masa itu, tetapi dia reject semua lelaki yang berwajah ‘jambu’ serta tidak tunjukkan komitmen serius dalam hubungan.

Alhamdulillah setahun berselang…dipertemukan jodoh hero Tamil & banyak bulu

Selepas lebih setahun status tersebut dikongsi, Farhah akhirnya dipertemukan jua dengan jodoh yang ada segala ciri idamannya. Malah pada 11 Jun lalu, dia telah selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki India yang menganut agama Islam bernama Abdul Rashid. Meskipun ibunya tiada di sisi, namun segala nasihatnya tetap diingati oleh wanita tersebut.

Wanita idam suami muka Hindustan dan berbulu, tolak 'muka jambu'

Alhamdulillah parents tak kisah kahwin dengan siapa asalkan orangnya baik

Mengimbas kembali detik awal hubungan mereka, lelaki mamak dari Port Dickson itu berjaya menambat hatinya selepas nyatakan hasrat sudi untuk berkenalan. Selang 4 bulan kemudian Abdul Rashid dan Farhah bertandang ke rumah keluarga masing-masing, sebelum mendapat persetujuan untuk bernikah.

@farumuru Alhamdulillah 🤲 What’s meant for you will reach you even if it’s beneath two mountains, and what’s not meant for you won’t reach you even if it’s between your two lips 🥰❤ #fypmalaysia🇲🇾 #interracialcouple ♬ WYD Now? – Sadie Jean

BACA:

Ben Amir minta ampun, peminat jadi sayu lihat keadaannya

Akhirnya Lee Min-ho pilih gadis Indonesia sebagai isteri

Bantuan Sara Diri RM700 sebulan, ini cara untuk memohon