Wanita dikecam ‘Hijack’ majlis kahwin kawan, buat ‘Surprise’ birthday

Waktu majlis bersanding adalah waktu yang khusus untuk pengantin, ia bagi meraikan pasangan mempelai yang sudah sah membuat ikatan sebagai suami isteri.

Jadi seharusnya majlis sanding atau bertandang itu, tumpuan perlu diberikan 100% kepada pengantin kerana persiapan pun disediakan oleh pengantin sendiri,

Memang malu kalau orang lain tiba-tiba masuk campur macam kes dalam video ini.

Wanita Dikecam ‘Hijack’ Majlis Kahwin Kawan, Buat ‘Surprise’ Birthday

Berdasarkan pemerhatian, kejadian dalam video ini berlaku di Indonesia, dalam majlis sanding tersebut seorang wanita yang dikatakan sebagai bridesmaid tiba-tiba pitam kononnya kepenatan, difahamkan pengantin dan tetamu dalam dewan tersebut jadi risau dan tergamam atas apa yang berlaku.

Namun, begitu, ia rupa-rupanya sekadar prank semata-mata kerana ingin membuat kejutan kepada bridesmaid lain dan pengantin wanita juga dilihat meraikannya.

Kelakuan tersebut ternyata mengundang rasa kurang senang netizen apabila melihatnya kerana dianggap tidak menghormati pengantin dan merosakkan majlis orang. Mereka sifatkan tetamu yang hadir pasti akan rasa pelik melihat kelakuan mereka.

Malah, berdasarkan pandangan netizen, pengantin lelaki dilihat seperti tidak selesa sewaktu bergambar dengan bridesmaid itu. Selain itu, mereka pelik kerana ingatkan sambutan hari jadi itu adalah untuk pengantin.

Ada juga yang menyifatkan bahawa mereka ini adalah ciri-ciri kawan yang patut kena red flag!

BACA:“Aku tengok adik-beradik aku berpecah-belah satu sama lain, keadaan takkan sama macam dulu, aku tak mampu perbetulkan keadaan, semuanya kerana mulut mak..”