Wanita buat pendedahan mengejut, tak sangka bekas teman lelaki berzina dengan darah daging sendiri

Sudah banyak kes sumbang mahram berlaku dalam keluarga di Malaysia, baik bapa dengan anak perempuan mahupun ibu dan anak lelaki.

Entah apa yang berlaku dalam benak sampai sanggup berzina dengan darah daging sendiri, ibarat dosa itu tidak wujud dalam kehidupan mereka.

Baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bekas teman lelaki rupanya berzina dengan mak kandung.

Wanita buat pendedahan mengejut, tak sangka bekas teman lelaki berzina dengan darah daging sendiri

Perkara ini dikongsi melalui X (Twitter) yang tidak menyangka bekas teman lelakinya curang bukan dengan wanita muda tapi ibu kandung sendiri.

“Bekas teman lelaki saya dah berumur 30 tahun. Tapi sepanjang hidupnya memang berzina dengan mak sendiri sahaja.


“Tak terkejutlah sebab mak dia selalu cemburu dan mengawasi dia (bekas teman lelaki) masa tengah bercinta dulu.

“Tak pasti adik-beradik lain tahu atau tak, harapnya mereka dah berhentilah,” ujarnya dalam tangkap layar tersebut.

Wanita tersebut mengakui geli selepas bekas teman lelakinya kantoi berzina dengan darah daging sendiri.

“Geli sangat masa kantoi dulu, sekarang tengok bekas teman wanita dia pun asyik muat naik benda sama. Tertanya sama ada dia dah tahu hal sebenar atau tidak,” tambahnya.

Rata-rata warganet turut merasa jijik dengan hubungan tersebut malah ada seorang pengguna yang turut berkongsi kisah sama.

“Sepupu teman lelaki saya pernah berzina dengan kakak sendiri. Ingatkan selalu jumpa kakak untuk eratkan ukhwah rupanya ada agenda.

“Lepas kantoi, mak teman lelaki cakap dekat dia kalau dia pergi jumpa kakak dia lagi maka semua akan terbongkar. Jadi dia baru sedar mak saudara dia dah tahu semuanya,” komen pengguna tersebut.

Berzina sahaja sudah dosa besar apatah lagi bersama darah daging sendiri, individu yang sepatutnya melindungi adalah orang sama memusnahkan segalanya.

Baca juga:Pemuda dakwa akaun Facebook telah digodam, Setelah tular minta upah seks sebagai ganjaran bantu cari rumah sewa