Wanita berniqab bawa treler kontena, ramai terkejut sebabnya

Wanita berniqab bawa treler kontena, ramai terkejut sebabnya

Wanita berniqab bawa treler kontena, ramai terkejut sebabnya. Kekuatan seorang wanita mungkin tidak terletak pada fizikal tetapi semangatnya. Biar diuji dengan apa juaga cabaran, pasti mereka mampu melaluinya apatah lagi jika perlu kuat demi anak-anak tersayang.

Kehibatan insan bergelar ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Dengan keazaman yang kuat untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melakukan pekerjaan yang dipelopori oleh kaum lelaki.

Tampak lemah lembut dengan penampilannya yang juga berniqab tidak menjadi penghalang buat Nurazlinda Mahadi untuk menjadi pemandu lori kontena demi menyara lima anak yang masih kecil.

Melalui akaun Tiktok nur87ladytruckers, ibu kepada empat chaya mata perempuan dan seorang anak lelaki ini memberitahu bahawa dirinya ibu dan ayah pada masa yang sama.

Di rumah berperanan sebagai ibu tetapi ketika waktu siang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah ketika mencari nafkah buat mereka sekeluarga.

Wanita berniqab bawa treler kontena, ramai terkejut sebabnya

“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata.”

Biarpun sibuk dengan urusan kerja dan keluarga namun wanita tabah ini tidak lupa memuji kebesaran Allah SWT yang memberinya kekuatan untuk terus berjuang demi anak-anaknya yang masih kecil.

Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena

“Malam-malam balik kerja, anak yang kecil bangun. Pagi-pagi bangun pergi kerja semula. Bila waktu Nur rehat? Besarnya kebesaran Allah, diberikan kekuatan untuk uji4nnya. Agar kita bersyukur, Allah takkan uji di luar kemampuan hamb4-NYA”

Teruja bila tengok ibu hebat ini memandu lori kontena, bukan biasa-biasa!

Bukan semua mampu melakukannya.

Didoakan semoga Nurazlinda terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.

Semoga setiap langkah ibu hebat ini sentiasa dalam lindunganNYA.

@abang_loriii assalamualaikum selamat malam, tgk adik sepupu drive @nur87ladytruckers #ladystruckers #pilotdarat #fyp #esekeli ♬ Mutiara – Bonus Track – Mutiara

BACA:

Zahid dedah apa bakal berlaku kepada Umno BN jika kerjasama dengan PN

Penceramah Superman Hew sah ditahan polis susulan ceramah perkauman

Kumpulan Rock hanya dibayar RM50 seorang untuk persembahan