Wanita asing rasa selamat jalan sendirian pukul 5 pagi di Malaysia, puji negara kita selamat

Pencipta kandungan TikTok @sozi.deeb telah memuji Malaysia sebagai negara yang selamat untuk pengembaraan sambil merekam detik-detik perjalanannya sendirian di awal pagi.

Dalam video TikTok @sozi.deeb yang telah mendapat lebih dari 100,000 tontonan dan 3,500 tanda suka,

Beliau merekam aktivitinya melalui jalan-jalan yang lengang berhampiran pasar Pudu, sambil mengklaim bahawa Malaysia

adalah negara yang selamat sehingga membolehkannya berjalan bersendirian di mana-mana pada bila-bila masa.

Dalam ulasan video tersebut, @sozi.deeb menyatakan kekagumannya terhadap Malaysia, dengan mengatakan,

Wanita asing rasa selamat jalan sendirian pukul 5 pagi di Malaysia, puji negara kita selamat

“Salah satu sebab mengapa saya mahu tinggal di Malaysia. Jam 5 pagi, anda boleh berjalan ke mana-mana sahaja pada bila-bila masa, ia adalah negara yang selamat.”

Walaupun begitu, netizen Malaysia memberikan pandangan yang berbeza dalam ruangan komen.

Ramai rakyat Malaysia mempersoal dakwaan warga asing tersebut, sambil memberikan amaran agar dia tidak berjalan sendirian pada waktu malam, terutamanya di kawasan terpencil.

@sozi.deeb #malaysia #buah ♬ الصوت الأصلي – 👑 Sozi 👑

Seorang netizen menyatakan bahawa rasa keselamatan yang dirasakan pada pukul 5 pagi mungkin kerana itu permulaan hari, di mana aktiviti jenayah mungkin kurang berlaku pada waktu-waktu tersebut.

Selain itu, sebahagian netizen mengakui bahawa kawasan tertentu mungkin selamat, di mana seorang netizen menekankan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan mengambil risiko berjalan sendirian di tengah malam.

BACA: “Mak mentua kakak salahkan keluarga kami sebab dapat cucu autism, siap label darah keturunan kotor…”