Wang tabungan ILTIZAM Anak Selangor : Ini syarat dan cara mohon

Wang tabungan ILTIZAM Anak Selangor : Ini syarat dan cara mohon

Wang tabungan ILTIZAM Anak Selangor : Ini syarat dan cara mohon. ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Iltizam Selangor Sihat 2022.

Maklumat Lanjut
Apakah Program Iltizam Selangor Sihat 2022?
Program Iltizam Anak Selangor adalah sebuah skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Wang tabungan ILTIZAM Anak Selangor : Ini syarat dan cara mohon

Iltizam Selangor Sihat (ISS) diperkenalkan yang merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini telah ditambahbaik.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas

Syarat Kelayakan

KRITERIA ANAK

  1. Anak kelahiran bermula tahun 2022
  2. Warganegara Malaysia
  3. Lahir di Selangor
  4. Sedang menetap di Selangor

KRITERIA IBU BAPA / PENJAGA

  1. Warganegara Malaysia
  2. berumur 18 tahun ke atas
  3. Sedang menetap di Selangor
  4. Pengundi berdaftar di Selangor

Tarikh Permohonan
Permohonan Program Iltizam Selangor ini dibuka bermula 1 Ogos 2022.

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Cara Permohonan Program Iltizam Anak Selangor 2022

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/ bermula 1 Ogos 2022.

Borang permohonan secara manual juga boleh ambil di pejabat DUN terdekat.

Sila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:

  1. Salinan sijil kelahiran anak
  2. Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
  5. Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

  • Laman web : https://anas.yawas.my/online/
  • Telefon : +03 5481 8800
  • E-mel : [email protected]

BACA:

Pelajar ambil aliran sains makin merosot, ini sebabnya…

Minum teh tarik tepi kubur jadi tarikan kepada restoran ini

Kehadiran Honda Brio jadi ancaman buat kembar MyVi, Daihatsu Sirion