Wan Sharmila pengganti Siti Sarah?

Wan Sharmila pengganti Siti Sarah. “Saya sendiri tengok pun terkejut sebab memang persis saya. Tapi bukan sebenarnya”.

Itu respons pelakon berkulit sawo matang Wan Sharmila menafikan dirinya sebagai wanita yang dipeluk anak perempuan tunggal pasangan, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Dzahira Talita Zahrah seperti yang dikongsikan dalam Instagram arwah penyanyi itu.

Wan Sharmila atau mesra disapa Lala ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, awalnya dia tertanya-tanya selepas namanya banyak disebut netizen dalam video tersebut.

“Selepas saya menontonnya, saya sendiri pun terkejut kerana tidak dinafikan wanita ‘misteri’ itu mirip saya.

“Tapi saya ingin menafikan bahawa wanita tersebut adalah saya,” kata Lala.

Ketika disoal punca namanya banyak ‘dipetik’ oleh netizen, Lala tidak menolak wanita dalam video berkenaan mempunyai persamaan daripada segi fizikal dengannya.

“Sebab sama. Sendiri tengok pun rasa sama. Mungkin betul juga apa yang netizen cakap. Tapi kelakar juga sebab ada yang sampai periksa kuku jari untuk buktikan wanita itu adalah saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu turut menolak andaian bahawa netizen cuba untuk ‘memadankan’ dirinya dengan Shuib gara-gara dilihat seperti memeluk Talita.

“Saya tidak rasa netizen nak ‘kenenkan’ saya dengan Shuib. Mereka cuma meneka sahaja. Saya tak ambil hati pun,” katanya.

“Kalau Shuib cari jodoh, ramai lagi wanita yang elok-elok (cantik) di luar sana. Apa yang ada pada Wan Sharmila ini?” seloroh Lala.

Terdahulu, perkongsian sebuah video dalam Instagram milik arwah Sarah yang memperlihatkan Talita sedang memeluk seorang wanita mengundang tanda tanya netizen.

Bagaimanapun wajah wanita ‘misteri’ itu ditutup dengan emoji ‘bermata hati’.

“Aunty (makcik) kesayangan teman Dekta (Talita) kerja. Kalau tidak ada aunty, tak nak kerja. Nasib baik auty tidak sibuk rajin melayan,” tulis pengendali Instagram tersebut.

Dalam ruangan komen, nama Wan Sharmila paling banyak disebut-sebut netizen selain beberapa nama artis wanita lain seperti Anzalna dan juga Sharifah Rose.

“Macam Wan Sharmila,” kata seorang netizen.

“Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu,” teka seorang lagi pengguna Instagram.

Sama ciri-ciri seperti kak Wan Sharmila,” kata seorang pengguna Instagram.

BACA JUGA : Jodoh kuat, perbezaan usia 26 tahun tidak halang gadis muda ini terima lamaran “pak cik”

Hanya sempat berkahwin 2 hari, netizen perasan sesuatu pada wajah suami selepas nikah

Segala tempahan meja dah siap untuk suprise kekasih, sekali dia tak datang