Walaupun teruk kena cakar, budak sekolah ini tak serik terus sayang kucingnya

Walaupun teruk kena cakar, budak sekolah ini tak serik terus sayang kucingnya.Kucing merupakan haiwan yang manja dan mudah untuk disayangi namun kucing juga boleh bertindak ganas di luar kawalan.

Terutama jika kucing hendak bergaduh sesama mereka, sudah tentu lebih baik tidak cuba untuk mendekati kerena akan memudaratkan diri sendiri.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar akan seorang kanak-kanak lelaki yang wajahnya dipenuhi cakaran kucing.

Dicakar kucing pembohong
Menerusi Fesbuk ibu kanak-kanak tersebut, Achik Lieya menyatakan bahawa anaknya didatangi kucing liar dan Adam Harith dengan spontan menyentuh haiwan tersebut.

Nasib tidak menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila dirinya dicakar dengan teruk di wajah oleh kucing pembohong terbabit.

Tak seri tetap beri makan

Walaupun teruk kena cakar, budak sekolah ini tak serik terus sayang kucingnya

Walau bagaimanapun, itu bukan satu perkara yang membuatkan kanak-kanak lelaki ini membenci haiwan manja itu.

Berdasarkan perkongsian Achik Lieya yang lain, anaknya yang kelihatan masih berbalut kerana luka tidak serik untuk memberi makan dan bermain dengan haiwan yang manja itu.

Malah kini luka Adam Harith juga dikatakan sudah beransur pulih dan semakin sembuh.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji akan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut malah turut mendoakan kesembuhan luka yang dialaminya.
TONTON :

BACA:

Jutawan Ukraine minta tentera bom rumah agamnya

Staff restoran segera terkenal dikecam, sebar rakaman CCTV tunjuk pelanggan tak puasa

COMMENTS

Wordpress (0)