Walau usia beza 32 tahun, pasangan ini hidup bahagia

Walau usia beza 32 tahun, pasangan ini hidup bahagia

Walau usia beza 32 tahun, pasangan ini hidup bahagia. Berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia pada masa kini bukanlah satu perkara yang aneh. Malah, ramai wanita yang beranggapan lelaki yang lebih tua bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendalikan masalah rumah tangga dalam situasi yang berbeza.

Beza usia 32 tahun

Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita ini, menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia menceritakan kisah percintaannya yang memilih suaminya sebagai peneman hidup meskipun mempunyai beza usia 32 tahun.

Walau usia beza 32 tahun, pasangan ini hidup bahagia

Difahamkan, wanita terbabit berusia 29 tahun manakala suaminya, 61 tahun dan telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun bersama.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan syukur sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan perempuan.

Wah! Jauhnya jarak usia
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila wanita itu menerima seadanya suaminya itu meskipun mempunyai jarak usia yang jauh.

Bahkan, ada juga segelintir wanita di ruangan komen yang mendedahkan mereka juga berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia daripada mereka.

Semoga bahagia ke anak cucu!
Malah, netizen turut mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli itu kekal bahagia hingga ke syurga dan segala urusan dipermudahkan kelak.

@nashkay999♬ Ragu – justme

BACA:

Misteri kemalangan van jadi bualan netizen

Kerajaan mampu jimat RM25 bilion jika laksana tender terbuka

Presiden PAS disiasat Polis kait PM ejen Israel