Wajah lelaki simbah asid Faisal Halim disiarkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Faisal Halim.

Dalam kenyataan rasmi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan suspek dianggarkan berusia 30 tahun dengan ketinggian sekitar 165 sentimeter

. Suspek juga digambarkan mempunyai susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran tersebut diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat Unit

Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,

Wajah lelaki simbah asid Faisal Halim disiarkan

Inspektor M.Jagachandran, di talian 012-6848166 / 03-2266 6071 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Kejadian ini berlaku pada 5 Mei lalu ketika Faisal Halim berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya. Dua lelaki bermotosikal menghampirinya sebelum bertindak menyimbah asid sulfurik pekat yang menyebabkan kecederaan melecur tahap empat pada Faisal.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, mendedahkan bahawa asid sulfurik pekat, H2SO4, yang digunakan dalam serangan tersebut adalah cecair tak berwarna tetapi sangat mengkakis dan berbahaya.

Asid ini boleh menyebabkan kulit melepuh dan melecur dengan teruk, dan biasanya digunakan untuk mengatasi masalah paip tersumbat.

Ini adalah kejadian kedua melibatkan pemain bola sepak Harimau Malaya selepas Akhyar Rashid dipukul dan disamun sehingga mengalami kecederaan yang memerlukan jahitan di kepala serta kaki pada minggu sebelumnya.

BACa: “Aku rajakan isteri sebab sayang, tapi anak tiri semua jadikan mak diorang hamba abdi