Viral banjir datang mengejut, pelanggan kedai makan cabut lari siap bawa sekali meja

Hasrat seorang wanita dari Perak bersama keluarga berkunjung ke kedai makan untuk menjamu selera

Tiba tiba terbantut apabila kedai makan tersebut dinaiki air.

Pada mulanya, wanita itu yang dikenali sebagai Iken Nordin seakan teruja untuk memesan dan menikmati makanan viral apabila tiba sahaja di kedai tersebut.

Viral banjir datang mengejut, pelanggan kedai makan cabut lari siap bawa sekali meja

Kedai makan itu terkenal dengan gulai ikan termenung atau ikan kembong yang terletak di negeri Kedah.

Pelanggan Lari Terkejut Air Naik Masuk Kedai

Menerusi video tular di aplikasi Tiktok, kelihatan air laut pasang tiba – tiba memasuki kawasan kedai semasa pelanggan kedai makan sedang menikmati hidangan.

Dalam video tersebut, kelihatan sebilangan pelanggan termasuk golongan kanak – kanak sibuk menguruskan diri dengan menyinsing seluar kain ketika air mula naik ke dalam kedai. Air naik kelihatan paras buku lali pelanggan yang datang.

@ikennordin haha..tul2 pengalaman xleh lupa, air laut naik tgh makan🤣 #tiktokmalaysia #kakyanggulaiikantemenung @helmi_iken87 ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop


Orang Tempatan Duduk Relaks Seperti Tiada Apa Yang Berlaku

Walau bagaimanapun, orang tempatan di kawasan itu seakan tidak endah dengan situasi yang berlaku walhal mereka sudah melihat pelanggan lain sibuk berlari supaya tidak terkena air.

Iken mengatakan bahawa dia terkejut melihat situasi ini namun dikatakan sudah biasa dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut. Air yang naik dikatakan akibat daripada air laut pasang ekoran kedai makan yang berdekatan dengan kawasan air laut.

Situasi Pelik Tapi Makanan Sedap

Pelanggan yang datang ke kedai tersebut, rata – ratanya sangat menikmati hidangan yang disediakan.

Hal ini kerana mereka memuji keunikan kedai makan tersebut dalam menyajikan makanan berasaskan bahan mentah segar.

Wanita ini kemudiannya membawa bungkusan makanan dan berhasrat untuk datang semula ke kedai makan ini ekoran pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa menghadapi situasi banjir di kedai makan.

BACA: Cikgu wanita tergamak kurung anak murid sendiri dalam kelas bersama seorang lelaki untuk diperkosa