[VIDEO] Sengaja Buang Susu Demi Konten, Warganet Tegur Usahawan Popular

Tanpa kita sedari, perbuatan membuang makanan berlebihan seolah-olah sudah menjadi perkara biasa dikalangan kita.

Malah, sering tular di media sosial ada yang sanggup membuang makanan yang masih elok semata-mata kerana mahu menjadikan ia sebagai konten dalam video mereka.

Perbuatan ini sebenarnya mendatangkan pengaruh tidak sihat kepada umum kerana ia boleh menjadi ikutan ramai terutama bagi mereka yang dikenali ramai.

Buang susu tepung anak di atas meja

Sama seperti satu video yang dimuat naik dilaman Twitter oleh seorang pemilik @hafizhamids memuat naik sebuah video.

Rakaman video yang dimuat naik itu memaparkan isterinya Leeyana Rahman membuang susu tepung anak di atas meja.

Parodi perangai suami apabila melakukan kerja rumah

Difahamkan, video itu bertujuan dijadikan sebagai ‘parodi’ tentang perangai suami apabila melakukan kerja rumah.

Namun begitu, ada netizen yang berpendapat perbuatan tersebut tidak sopan dan seorang pengguna Twitter @NadiaAzlan berkongsi ciapan di Twitter menegur perbuatan wanita berkenaan.

Ada yang terpaksa bagi anak minum susu pekat dan air kosong

“Ada parents kat luar sana yang terpaksa bagi anak minum susu pekat manis, ada yang terpaksa bagi anak minum air kosong”.

“Jangan lah sebab nak kejar clout, sanggup buang susu anak demi content semata. Makanan tu rezeki Allah, jangan dibuat macam tu,” tegur @NadiaAzlan.

Tidak sensitif dengan situasi orang lain

Jelas @NadiaAzlan, dia berpendapat video tersebut seakan tidak sensitif dengan situasi dihadapi oleh ibu bapa lain yang terpaksa bekerja keras demi memenuhi keperluan asas anak-anak.

Seakan mencari publisiti murahan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing.

Ada yang bersetuju dengan teguran @NadiaAzlan dan tidak bersetuju dengan tindakan usahawan jenama muslimah popular itu yang disifatkan sebagai ‘publisiti murahan’.

Ramai yang kongsi kesusahan ibu bapa bekerja demi susu anak-anak

Malah, ada ramai juga yang turut berkongsi kisah dan pengalaman sendiri tentang kesusahan ibu bapa dalam keperluan asas yang perlu diberi kepada anak-anak mereka.

Tidak salah sama sekali jika sesiapa pun mahu membuat video parodi asalkan ia bersesuaian dan menerapkan niai moral yang baik untuk tontonan penonton.

YOY Network

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua supaya sentiasa menghargai makanan dan menunjukkan nilai moral yang baik terutama mereka yang dikenali ramai.

 

COMMENTS

Wordpress (0)