Hari perkahwinan seharusnya menjadi detik paling bahagia untuk setiap pasangan pengantin baru. Pun begitu, terkadang majlis gembira sebegitu malah dirosakkan sendiri oleh sikap tidak manis para pengantin sendiri tak kiralah perempuan mahupun lelaki. Itulah kejadian yang berlaku dalam sebuah video tular ini.
Suami pegang tangan isteri dengan kasar…Isteri tersungkur di bucu pelamin
Menerusi klip berdurasi 23 saat tersebut, sepasang pengantin dilihat sedang melangkah naik ke atas pelamin namun si suami mencengkam pergelangan tangan isterinya dengan cukup kuat. Hinggakan, wanita bergaun putih itu tersungkur dan menghadapi kesukaran untuk berdiri semula.
Pengantin lelaki & keluarga pengantin perempuan bergelut sesama sendiri
Tanpa memikirkan air muka isteri, pengantin lelaki terus mengheretnya naik sebelum pergi duduk sendirian di kerusi pelamin dengan gerak tubuh seakan-akan tidak berpuas hati. Beberapa orang wanita segera bangun untuk membantu pengantin perempuan, manakala seorang lelaki terus melayangkan buku lima tepat ke wajah pengantin lelaki.
Suasana di majlis berkenaan lantas bertukar kecoh dengan adegan pergelutan tegang antara pihak keluarga mempelai sampai ke kawasan meja tetamu.\
View this post on Instagram
Kalau depan semua orang dia macam ni, bayangkan di belakang
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan kegusaran mereka terhadap keselamatan pengantin perempuan. Di sudut lain, mereka turut menyokong tindakan pihak keluarga yang memberi ‘pengajaran’ kepada pengantin lelaki atas tindakan kasarnya terhadap isteri.
Baca: Suami bunuh isteri di hotel akhirnya serah diri, alasan bunuh buat ramai terkejut