Video Aqish tayang kasut jadi lain lepas netizen ternampak kaki mulus

Siapa tidak kenal dengan pelakon berbakat besar Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish yang dahulunya dikenali sebagai ratu air mata.

Aqish baru-baru ini menuai perhatian peminatnya di Instagram selepas memuat naik sebuah video bertujuan mempromosi kasut yang dipakai.

Namun lain pula yang diperkatakan netizen selepas ramai teruja dan memuji pelakon itu kerana memiliki sepasang kaki yang cantik mulus.

Video Aqish tayang kasut jadi lain lepas netizen ternampak kaki mulus

Kalau sebelum ini, Aqish sering dikritik kerana berpenampilan seksi dan tidak sesuai dengan usianya yang masih lagi muda.

Tapi nampaknya sekarang, gaya dan penampilannya Sudah boleh diterima peminat, malah ramai yang memuji kecantikan bukan sahaja wajah, tetapi kakinya juga.

Dalam video yang dikongsikan, Aqish dilihat bergaya dengan memakai skirt pendek.

Tapi bentuk kakinya yang panjang dan berkulit mulus lebih mencuri perhatian pengguna Instagram.

“Macam mana kaki kau tak ada parut dik?” kata seorang netizen.

“Cantiknya kaki Aqish. Kulit bersih,” puji seorang lagi pengguna Instagram.

“Cantik kaki Aqish macam pakai sarung kaki,” ujar seorang lagi netizen.

Aqish memberitahu, salah satu cara yang dia lakukan untuk memiliki kulit kaki yang cantik adalah dengan menggunakan beras.

Katanya, setiap hari ibunya akan menyental kakinya dengan beras, walaupun berasa sakit untuk mendapatkan kaki yang cantik dan bersih.

Baca juga:“Aku paling tak suka tunggang agama, aku terpaksa pakai kopiah masa berniaga, jumlah sales sangat jauh beza bila aku pakai kopiah dengan tak berkopiah”