Video anak Sultan Pahang bagi sampul duit tebal kepada rakyat tular

Satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @yayasanaumpsa telah menjadi viral dan menarik perhatian ramai. Video tersebut kini telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 70 ribu, dengan 3,969 tanda suka dan 70 komen.

Dalam video tersebut, Tengku Ismail terlihat memberikan duit raya kepada pelajar Universiti tersebut. Namun, yang menarik perhatian ramai adalah jumlah sampul yang diberikan kepada setiap pelajar.

Rata-rata netizen sangat teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengakui bahawa pelajar Universiti tersebut sangat beruntung kerana dapat bertemu dengan Tengku Ismail secara langsung.

Video anak Sultan Pahang bagi sampul duit tebal kepada rakyat tular

Tengku Muhammad Ismail Mu’adzam Shah dilahirkan pada 11 September 2000 dengan gelaran Tengku Panglima Muda Pahang. Beliau adalah anak kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

@yayasanumpsaJom sahut! kita bantu mereka melalui Yayasan UMPSA.

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Beliau adalah ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Tengku Ahmad Ismail menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST THOMAS, Kuantan Pahang sebelum meneruskan pelajarannya di luar negara di Caldicott Preparatory School, Farnham Royal, United Kingdom. Setelah itu, Baginda melanjutkan pelajaran ke Haileybury School & Epsom College dan kemudian mengejar pelajaran tinggi di Royal Holloway, University of London.

Baca juga: Ada sebab rupanya Yahudi bina terowong rahsia di Amerika, ramai terkejut bila tahu