“Ustazah Asma’ mohon maaf dengan saya”, netizen bidas Ifa Raziah

"Ustazah Asma' mohon maaf dengan saya", netizen bidas Ifa Raziah

“Ustazah Asma’ mohon maaf dengan saya”, netizen bidas Ifa Raziah. Sejak akhir-akhir ini, nama Ifa Raziah sering menjadi bualan netizen selepas terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menyebabkan dirinya menerima pelbagai kecaman.

Bukan itu sahaja, tindakan Ifa Raziah juga mendapat perhatian penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang turut menegur penyanyi dangdut itu.

Ifa Raziah jumpa Ustazah Asma’ Harun

Susulan daripada itu, tular pula satu video memaparkan Ifa Raziah bersemuka secara berdepan dengan Ustazah Asma’ ekoran isu yang melanda kedua belah pihak sebelum ini.

"Ustazah Asma' mohon maaf dengan saya", netizen bidas Ifa Raziah

Menerusi video yang tular itu, Ifa memaklumkan bahawa dia begitu teruja untuk bersemuka dengan Ustazah Asma’ dan memaklumkan bahawa sudah lama dia berhasrat untuk berjumpa dengan penceramah bebas berkenaan.

Ifa Raziah seakan bangga Ustazah Asma’ mohon maaf

Namun, lain pula bunyinya ketika ditemubual Media Hiburan selepas Ifa memaklumkan bahawa dia berasa bangga kerana penceramah bebas itu sendiri yang datang kepadanya untuk membuat permohonan maaf.

Seorang pendakwah, Ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah selar saya sebagai seorang wanita istidraj di media sosial. Pendakwah tau yang datang minta maaf.

Jawapan yang diberikan Ifa itu menyebabkan dirinya dikecam segelintir netizen yang menganggap jawapannya itu sebagai satu kata-kata yang angkuh dan riak.

Angkuh betul dia ni

@miraqalesya2606 Betul kena berusaha. Tapi berusaha lah dengan kata kata yang baik.#fyp #tiktok #fypage #trending #fypdongggggggg ♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

BACA:

53 kali kahwin, lelaki 63 tahun ini mahu cari kebahagiaan

Ini 62 lokasi di Klang yang berisiko alami banjir

Cuti bersalin dapat gaji penuh sampai 5 bulan, warganet ‘jealous’ dengan Dr Amalina