“Ustaz Kazim tengah berlakon dengan Mawi kan?” Persoalan Aeril buat netizen bengang

“Ustaz Kazim tengah berlakon dengan Mawi kan?” Persoalan Aeril buat netizen bengang.GARA-GARA menulis satu komen di status Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, pelakon Aeril Zafrel menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak mempercayai perkongsian pendakwah bebas tersebut.

Menerusi ruangan komen di Facebook, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang penyakit misteri dialami Kazim memandangkan perkongsian pendakwah berkenaan tidak jelas.

“Shooting kan ni ustaz?

“Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya.

Soalan Aeril menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta dia tidak bergurau tentang isu tersebut.

"Ustaz Kazim tengah berlakon dengan Mawi kan?" Persoalan Aeril buat netizen bengang

Rata-rata netizen yakin apa yang dikongsikan adalah benar dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan Kazim kembali pulih seperti biasa.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim dah menanggung sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz… Doakan kesembuhan ustaz. Bukan bergurau.

Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi
AERIL ZAFREL
PELAKON

“Bukan… ini buatan hasad dengki orang terhadap Ustaz.

“Bukan tempat bergurau ni brother.

“Ustaz tiada masa nak bergurau bab begini.

“Ada masa bergurau, ada masa serius bro.

“Tak lawak bro.. tak kan ustaz nak main-main bab ini,” komen netizen.

Pertanyaan Aeril tentang sakit Kazim.

Terdahulu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami.

Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaannya itu dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.

Difahamkan pendakwah selebriti itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Kazim dan Mawi berkaitan perkara tersebut masih gagal kerana kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej.

“Tolonglah saya, dah tak tahan..” Ust Kazim Rayu Ubati Penyakit ‘Katak Puru’ yg Dialaminya

Berat Bahu Menanggung, Ustaz Kazim Elias Rayu Bantuan Ubati Penyakit Dialaminya

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

Malah, mereka turut berdoa kepada yang Maha Esa supaya segala ujian yang dihadapinya diangkat dan diberikan kesembuhan dengan segera.

Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi m.angsa si.hir seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya memb.engkak.

Pada 1 Oktober 2021 melaporkan Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.

Beliau ketika itu mend.akwa menemui kotak berisi a.bu dan gambarnya yang diba.kar di pusat pengajiannya.

Menerusi paparan itu, beliau mende.dahkan punca sebenar kaki dan betis kirinya membengkak sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

“Ini dijumpai di tempat laluan tempat saya mengajar di al-Barakah Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi.

Laluan itu untuk saya sahaja. Kita jumpa abu dan dalam abu itu ada gambar saya yang dib.akar.

Saya tunjukkan sebagai satu pengajaran. Selepas kejad.ian ini kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul, rupanya bukan.

Kaki kiri saya membengkak dan nak sentuh, jalan pun tak boleh. Ini kadang-kadang kita pun tak tau apa benda.

Cuma kita pandang baik pada Allah SWT, Allah bagi ini nak naikkan darjat, nak hapuskan dos akita. Insyallah, Allah maha mengetahui,” dedah beliau.

Kata Ustaz Kazim, bagaimanapun beliau masih bertahan dengan kes.akitan itu dan berharap tidak dimasukkan ke h.ospital.

“Sejak dua minggu kita buat rawatan Islam, pelbagai ubat dah kita guna dan alhamdulilah keadaannya banyak berubah cuma masih s.akit,” ujarnya.

Jelas Ustaz Kazim, kesukaran yang ditanggung juga tidak menghalang beliau untuk terus mengajar kerana itu merupakan tugas yang paling disukai beliau.

Sumber : Kosmo / FB / m star

BACA:

Profesor ini dedah keris Taming Sari benar-benar wujud, kini berada di tangan…

Kes terjun sungai Kelantan, isteri dedah apa yang berlaku pada suami

Anda boleh left group whatsapp tanpa disedari ahli yang lain

COMMENTS

Wordpress (0)