Ustaz Kazim tampil macam ninja, ini rupanya yang berlaku

Ustaz Kazim tampil macam ninja, ini rupanya yang berlaku

Ustaz Kazim tampil macam ninja, ini rupanya yang berlaku. Penampilan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih terkenal sebagai Ustaz Kazim dengan mengenakan pakaian bertopi dan menutup hampir seluruh wajahnya pada sesi ceramah siaran langsung di Facebook sejak malam tadi menimbulkan persoalan ramai.

Menurut Ustaz Kazim, ketika ini beliau sedang menjalani rawatan dan dinasihatkan pihak doktor untuk tidak mendedahkan secara terus mana-mana anggota tubuhnya kepada cahaya matahari.

“Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh saya. Jadi mulai mulai malam ini (Isnin) saya harap semua tak terkejut saya pakai macam ini.

“Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh saya buat sementara waktu (berpakaian seperti ini), saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu.

“Kalau perhati betul-betul, wajah saya dalam siaran langsung nampak perbezaan yang ketara antara sekarang dengan beberapa bulan lepas.

“Jadi, dengan izin Allah, saya sedang sedaya upaya mahu kulit saya kembali elok dan tubuh kembali sihat. Ini yang rawatan sedang saya jalani sekarang ini,” dedahnya menerusi salah satu sesi siaran langsung di Facebook beliau.

Ustaz Kazim tampil macam ninja, ini rupanya yang berlaku

Ustaz Kazim juga memberitahu, telah membeli tiga topi yang sama supaya dapat dipakai pada sesi ceramah rutin beliau yang berlangsung di laman Facebook.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim enggan mengulas lanjut penyakit yang dialaminya itu ketika ditanya oleh pelayar Facebook.

“Keadaan kesihatan sekarang saya sekarang ini saya tak boleh jawab di media, saya kena diam sahaja. Kalau orang tanya, saya jawab Alhamdulillah sahaja.

“Tetapi, kalau tengok pada rupa (wajah) saya (ketika ini) memang menakutkan. Sebab itu saya pakai topi macam ini,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Ustaz Kazim sekali lagi turut meminta orang ramai tidak terlalu ‘terkejut’ dengan penampilannya itu selain memohon agar mendoakan kesihatannya semakin baik selepas ini.

Sebelum ini, penceramah popular itu berkongsi secara terbuka penderitaan penyakit misteri yang dialaminya sejak lebih lapan bulan lalu sehingga menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.

Pada Mei lalu, ketika diwawancara dalam sesi bual bicara MeleTOP terbitan Astro, Ustaz Kazim mendedahkan beliau terpaksa memakai solekan tebal demi menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.

BACA:

Anwar singkap pengalaman kesnya tak ditangguh walaupun peguamnya meninggal dunia

Sambal nasi lemak sedap, rahsinya letak bahan ini waktu kisar bawang