Ustaz kaitkan amalan tertentu asbab kejayaan Mat Kilau, lelaki ini beri hujah balas

Ustaz kaitkan amalan tertentu asbab kejayaan Mat Kilau, lelaki ini beri hujah balas

Ustaz kaitkan amalan tertentu asbab kejayaan Mat Kilau, lelaki ini beri hujah balas. Aku berbeza pendapat sikit dengan ustaz ni.

Kutipan filem mat kilau banyak baru nampak sebab solat ?

Kalau kutipan rendah pula sebab apa ?

Orang lain yang solat tak kaya2 tu macam mana ?

Pada aku ustaz ni kuat sangat jek sampai terbalik kereta.

Orang yang miskin taknak tolong hitung ke amalan dan solatnya ?

Marhein yang kais pagi makan pagi, yang miskin bandar tu kira macam mana amalannya ?

Taknak kata ke, dia miskin sebab amalan solatnya. Sebab miskin pada pandangan manusia ni 1 yang negatif ?

Ustaz kaitkan amalan tertentu asbab kejayaan Mat Kilau, lelaki ini beri hujah balas

Walhal miskin atau kaya itu adalah ujian daripada Allah.

Solat untuk kaya ?

Amalan untuk jadi kaya ?

Rahsia macam mana nak kaya ?

Tak hensem takpe janji kaya.

Solat ni takleh hitung based on kaya atau miskin. Itu bukan hitunagan di sisi Allah. Ustaz je memandai2 buat andaian.

Main mission atas muka bumi ni kena kaya ke ? Solat untuk jadi kaya ke ?

Patutlah yang ramai dalam syurga adalah golongan fakir miskin.
.
Bila keluarkan statement macam ni, wow yang jahil tak pernah solat pun akan percaya.

So dia pikir orang yang kaya ni automatik solat. Orang yang solat ni automatik jadi kaya.

Pastu ada yang duk sebar fadhilat palsu, nak kaya baca surah ni baca surah tu, buat solat sunat ni solat sunat tu, kafiat nya sekian2, tanpa ada dalil pun, kau sendiri pun tak pernah solat fardhu.

Pastu sebar ajaran sesat, then orang lain buat tak jadi nak salahkan pulak agama islam ? PAdahal kau pun cakap takdak nas dan dalil pun.
.
Ada tu solat sunat dhuha semata2 nak kaya sebab sifu kata buat dhuha untuk kaya. Dia rela tinggalkan seketika waktu kerja yang wajib demi solat sunat dhuha. Walhal gaji dia dibayar untuk bekerja. Bilamana tak faham bab fiqh aulawiyat.

So orang lain yang solat tak kaya2 nak kata apa ?

Bilal Bin Rabbah, Abu Hurairah, Salman Al Farisi pun solat tapi mereka tak kaya pun.

Bilal bin Rabbah belum meninggal dunia lagi Rasulullah sudah dengar bunyi tapak kakinya di dalam syurga.

Ahli hadis seperti Muhammad bin Ismail, Ahmad Ibn Hanbal, pun solat hidup tak kaya pun.

Habis kau nak kata solat mereka ni tak berkat ?

Kau ukur berkat tak berkat solat tu based on kaya ?

Kau kira cash is king, dah anuti mazhab kapitalis ?

Salah betul, kebenaran ditentukan berdasarkan kaya.
.
Abang Un, aka firaun yang tak pernah sembah Allah pun kaya, Qarun pun kaya, nak kata apa ?

Bill Pagar, Mark Juki, Warren Makan Bufet, Jeff Ekzos, pun kaya, so inilah idola ? Pasni jadi idol worship pulak kan.

Terlalu agungkan seseorang akibat kerana terpengaruh dengan dia kaya ?

Yang Maha Kaya yang kasi rezeki kat seluruh jagat raya ni kau tak nak ambil kira ? Dialah Maha Hidup. Dialah segala sesuatu tu bergantung.
.
Nampak kereta mewah sikit, nampak mustim, hellfire, gtr, terus jadikan geng2 bedal loan riba ni sebagai idola. Lepas tu jadilah idol worship pulak duk sanjung manusia seolah2 depa tu kasi rezeki. Pastu puak2 ni bangga mula bagi tips kaya, buat amalan tu amalan ni, dia sendiri solat pun tak, duk bedal riba berperang dengan Allah dan Rasul.

Mula rasa teruja, nampak geng2 ni bina rumah besar istana, sedangkan langit dan bumi Allah jadikan tanpa bertiang ni, tanpa Allah ditimpa keletihan pun, kau langsung tak nampak.

Betapa butanya mata hati kau, kerana ada penyakit wahan iaitu gila duniawi dan takut mati. Umat islam sampai ke sudah takkan kuat kerana jumlahnya ramai tapi seperti buih di lautan takdak guna pun.
.
Dengar lah lagi sipoot mengarut yang ajar kau buat hutang, yang ajar kau menipu, yang ajar kau pi seminar dia tu. Pastu nak cover diri tu tambah sepam dua bab agama untuk scam orang.
Aku nak gitau, selagimana kau tu hamba muslim yang beriman dan berserah diri kepada Allah, kau wajib solat.

Bukan kau solat sebab nak kaya, sebab nak itu nak ini. Kau miskin pun kau kena solat, kau kaya pun kau kena solat.

BACA:

Ayam 88 sen seekor, Rosyam Nor kongsi cara dapatkannya

Pasangan pencen ini balik kampung ternak ayam, tak sangka kini cecah 1 juta ekor